Thursday, July 21, 2011

bila kau bersuara dikatakan biadap sedangkan tak sedar perlunya penambahbaikan


aku dah muak and bosan dengan email dari yahoogroup pandan
kenapa perlu berlambak-lambak benda alah invitation to bla bla bla
memang syaiton la kan
kang aku keluar dari group tu ada lak miss benda penting
tapi so far benda yang penting tu memang ciput la kan
and kalau ada medical student yang baca blog aku ni
boleh tak korang buat yahoogroup sendiri
bukan apa
no offense k
tapi meluat kot dapat email dalam group pandan tapi pasal medical students
pastu nak reply like million times kot
come on la
free kot
bukan luak pun duit scholar korang tu
buat letih aku je nak log in bagai
walhal benda yang ada tu memang takde kaitan dengan kolej kediaman pun

------------------------------------------------------------------------------------------------

aku tak tahu la ampang ni ceruk hutan mana
tapi aku rasa selalu ada information withold
internet ada kot (by all means tak payah la nak mengagungkan sangat facebook tu.. kau ingat semua orang active dalam facebook ke??)
email je la kat semua orang
tak pun hantar message kat telefon
or call je terus

------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa kau suka sangat bagi arahan yang tak jelas dan tak lengkap?
kau ingat aku dan kami ni ada ke kuasa telepati nak faham apa yang kau maksudkan
ingat ni exam isi perkataan yang sesuai untuk menjadi ayat yang lengkap ke?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

arahan selalu bercanggah antara satu sama lain
kemudian salahkan kami kata yang kami tidak pay attention
sedangkan dirinya ternyata sudah terang lagi bersuluh salah
susah sangatkah melafazkan kata maaf dan mengakui kesilapan sendiri
kita manusia
memanglah tidak sempurna
sudahlah menarik rambut di dalam tepung itu memang susah
rambut tu pula terputus
tepung pula bersepah-sepah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kekecewaan memang tak boleh diungkap dengan kata-kata
bilamana agama di ambil mudah
dunia itu nampak lebih indah dan menguntungkan
natijahnya
melihat menggunakan telinga
dan mendengar menggunakan mata
yang baik nampak jelik
dan jahat itu tampak mulia
menidakkan yang benar kerana rasa terkena batang hidung sendiri

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau yang muda itu tidak disayangi
dipermainkan seperti binatang
jangan pernah bermimpi untuk dihormati
hidup bukan menongkat langit

-------------------------------------------------------------------------------------------------


yang zahir itu terkadang lebih susah dari yang tersembunyi



1 comment: