nyata...
hati manusia ini hanya dipegang Allah
iman yang rapuh membawa aku ke sini
menguntai bait-bait kata untuk meluah rasa
sungguh
jalan keluar itu amat banyak
atau seperti pengecut
lari dan berhenti di perjalanan
dengan penuh pengharapan berharap hilangnya kegalauan
walau seketika cuma
ikhlas
memang sukar
pada ketika marah terasa
ungkitan itu menjadi-jadi
hingga terlupa dahulunya
bukan mereka yang meminta-minta
tetapi kita yang ingin memberi
sabar
memanglah payah
terutama bila berhadapan dengan yang dibenci
bila terkenang memori duka
bila teringat dia yang mengecewakan
bila mengenang semua pengorbanan
dan akhirnya kita yang terluka
hormat
rasa hilang
jadi pudar
bertukar benci
bila hilang kepercayaan
kerana satu perbezaan
kenapa aku selalu rasa terluka dengan orang yang sama?
kenapa aku dilukai orang yang sama?
kenapa yang melukakan tu mesti dia yang sama?
waaaaa
tak suka!
No comments:
Post a Comment