Tuesday, December 13, 2011

retorik kata mereka.. kata kamu apa?


astaghfirullahal`azim
istighfar panjang setelah menonton beberapa video di youtube tadi
betapa saya kira mereka terlalu obses dengan apa yang mereka sokong dan siapa yang mereka ikut
hingga mengenepikan maruah agama dan diri sendiri

juga kepada yang memberi komen
saya kira seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus
konon menjaga kepentingan agama
tapi penuh dengan sumpah seranah dan caci maki yang membuktikan tiada beza antara dia dan mereka


masing-masing terlalu yakin dengan diri sendiri hingga:
i- menidakkan kebenaran
ii- menonjolkan kebodohan
iii- menjatuhkan maruah agama
dan sampai tahap yang tanpa mereka sedar mereka bersama-sama,
iv- mempersendakan agama


agama itu nasihat, bukan caci maki
agama itu syumul, bukan untuk perkara tertentu sahaja
agama itu cara kehidupan
agama itu indah


kalau bukan orang Islam sendiri yang sayang dan cintakan Islam
then, who will?


saya bukannya terlalu baik
tapi insyaAllah, cuba memperbaiki
bukan nak tunjuk pandai
tapi sekadar pandangan

ingat,
apa yang halal itu jelas
yang haram itu juga jelas
hukum yang wajib itu tetap wajib
selagi mana kamu masih bernyawa
selagi kamu bergelar hamba
takkan berubah hanya kerana berbeza pandangan
lagipun
yang membezakan hanya keimanan



It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
-freedom@maherzain-



ya Allah
jauhkan hati-hati kami dari belenggu jahiliyyah
dan jangan Engkau halang hati-hati kami dari hidayahMu
amin




No comments:

Post a Comment