kita takkan pernah puaskan hati semua pihak bila kita buat sesuatu perkara
mungkin akan ada orang yang akan setuju dengan semua tindakan kita membabi buta
mungkin juga akan ada yang mambencinya juga dengan membabi buta
ada juga yang akan setuju dengan seikhlas hati
ada yang berfikiran berbeza lantas membenci
ada juga yang mungkin setuju pada sebahagian
dan lagi sebahagian pula kurang digemari
kita takkan pernah faham apa yang ada dalam hati sesiapa sahaja
hatta diri sendiri juga terkadang kita tak dapat nak fahami
mungkin suatu yang indah bagi kita adalah derita orang lain
dan mungkin juga yang derita bagi kita itu bahagia buat mereka yang lain
ada juga yang begitu mulia dengan bergembira melalui kesenangan kita
bersusah juga dengan kesulitan kita
ada pula yang sekadar bersimpati tapi tidak empati
kita takkan pernah dapat puaskan hati semua pihak
itu memang pasti
takkan pernah tutup mulut mereka dari terus-terusan mengata
takkan pernah berupaya buka mata hati mereka untuk mendengar dan menerima
takkan pernah dapat memaksa mereka untuk setuju
takkan pernah menjaga semua perasaan yang ada
takkan pernah melepaskan diri dari egois
takkan pernah tidak melukai hati sesiapa
kita takkan pernah menjadi sempurna
kerana kita manusia
punya akal
tapi sentiasa dikuasai nafsu
dan akhirnya dalam menjadi yang terbaik itu
kita melukai diri kita sendiri
kerana manusia itu tidak pernah puas.....
salam...nice writing..=D
ReplyDeletemanusia mmg tak pernah sempurna..
tapi manusia yg bijak adalah yg mencari kesempurnaan dalam hubungan dgn penciptaNya...
kite mungkin tak sempurna di mata manusia lain, tapi kita mampu menjadi sempurna di mata Tuhan..
mudahan2 kta tergolong dalam org2 spt ini iA...=)
iA bazliah
ReplyDeletemoga Allah sentiasa membimbing kita menuju redhaNya