Saturday, June 16, 2012

all in...


terlalu banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ni
setakat seminggu ni
ada beberapa berita tentang kematian telah dikhabarkan
sungguh
dari Allah kita datang
kepada Allah jualah kita kembali



proposal presentation
seperti yang sudah dijangka
akan ada masalah barang satu atau dua
dan berita kepulangan Wan Awo kerahmatullah bertandang selesai presentation
sedih?
sayu?
jauh?
tak dapat pulang ke kampung kerana kelas orthodontic pada hari ini
membuatkan aku terasa
menjadi dewasa itu menjarakkan kita dengan keluarga sendiri



kehilangan seorang yang pernah menjadi dorm-mate satu ketika dulu sangat mengejutkan
sungguh
mati itu tak mengira usia
sampai masanya
tidak akan cepat, tak akan lewat
walaupun zahirnya nampak sihat



aku mahu terbang dan tinggalkan segala kekusutan di sini
kamu yang membuat keputusan atas nama pemimpin,
kenapa tidak mahu bertanggungjawab?
meletakkan kesalahan atas bahu orang lain
sangat menjengkelkan



jika menjadi dewasa itu menambah luka
jika menjadi dewasa itu menjeruk hati
jika menjadi dewasa itu melukakan diri
biarlah tidak







No comments:

Post a Comment