bila berhadapan dengan orang yang tiada common sense plus selfish memang mengguris jiwa
rasa sangat diri tak dihargai
mungkin dah tiba masa untuk bertindak
atau melancarkan perang dingin
nak memupuk perasaan suka setelah terluka itu amat perit
ditelan pahit
dibuang sayang
dikulum loya
apa pilihan yang ada???
sama banyak
menyakiti dan disakiti
bak kata doktor
alasan itu memang mudah dicari
senang dicipta
atau lebih mudah
tudingkan saja jejari runcing itu kepada sesiapa
selesai
siapa nak mengaku berak di jalanan???
nak mengaku salah?
silap besar la
berhadapan dengan ego
siapa bisa mengalah?
akhirnya masing-masing
kerana ego melukakan
sebab ego dilukai
sudahnya
dua-dua pun rugi
penghujungnya
dua-dua makan dalam
bagai api dalam sekam
umpama gunting dalam lipatan
seperti duri dalam daging
amat mengecewakan
akhirnya
hati itu luka sendiri
pathetic.....
No comments:
Post a Comment