Friday, April 22, 2011

masa lalu yang jauh...

sedang duduk di ruang tamu mengenang exam yang masih lagi berlangsung
masih berkira-kira untuk membaca atau tidak
suasana sepi
sangat sunyi
yang lain mengambil peluang untuk berehat
ambil masa untuk diri sendiri

tiba-tiba saya teringat dia
dia yang membantu saya dahulu
bagaimana kamu di "sana"
sejujurnya
saya rindu kamu
maaf kerana saya bukan teman yang baik
saya tak berpeluang untuk menyatakan kepada kamu betapa saya begitu gembira mempunyai teman yang baik seperti kamu
hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kamu itu
saya doakan kamu tenang dan aman di "sana"

ya Allah
Kau peliharalah temanku dari azab kubur
kurniakan kepadanya rahmat yang berterusan di atas kebaikannya
semoga dia termasuk dalam golongan yang Kau redhai
amin


al-fatihah untuk mereka yang telah pergi...


No comments:

Post a Comment