dari zaman sekolah barangkali
pesta buku adalah antara perkara yang saya paling suka
tahun ini
adik di sarawak
jadi tiada sesiapa yang akan senantiasa merengek untuk saya melangkah kaki ke sana
sejak saya di sini
ini kali ke tiga pesta buku berlangsung di PWTC
ada beberapa pengalaman yang saya kira sangat berharga berkenaan pesta buku ini
tahun 1..
siapa masih ingat bila pesta buku masa tahun 1?
saya sejujurnya tidak ingat tarikh yang sebenarnya
tapi
yang saya tahu
pada hari kami ke pesta buku itu
petangnya kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari pihak fakulti
menyatakan bahawa sesungguhnya
saya dan beberapa individu lain
perlu menghadirkan diri untuk VIVA
bukan mendapat kereta viva
atau menyanyikan lagu viva forever
ianya VIVA
and to be exact
i need to go for viva for two subjects
sungguh
buku-buku yang dibeli tadi diletakkan di tepi
terasa dunia gelap sekejap
OMG
camner ni...
takut itu ada
sedih itu pasti..
viva hari jumaat
saya masih punya 2 hari
sempatkah?
mampukah?
memang dalam hati Allah saja yang tahu
tahun 2
pesta buku kali ini pada study week or study leave
so, we leave the study for book fair
entah apa dan bagaimana
ketika itu
tiba-tiba sahaja gigi saya sakit
saya pergi ke pesta buku itu bersama abang dan adik
telefon mak..
saya nak jumpa dentist sebab gigi saya sakit (ini adalah permintaan luar biasa dari saya)
mak bersetuju sebab risau saya nak exam
so petang tu saya pun pergi ke klinik
dentist itu buat apa yang patut dan saya diberi antibiotic dan ubat tahan sakit
2 hari selepas berjumpa dentist
paper pertama subject pro
pathology
hari itu memang tahap kesakitan berada di skala >10
dengan gusi yang bengkak
kepala yang sakit dan badan yang panas
saya gagahkan juga diri untuk menghadapi exam pathology
memang sengsara
mujur ada rakan tolong membelikan koolfever untuk membantu sedikit...
tahun 3
pesta buku tahun ini bermula ketika kami sedang menghadapi peperiksaan akhir
pada ketika itu, exam pro telah selesai
jadi saya masih di dalam dilema
sama ada mahu atau tidak ke sana
insyaAllah
jika berkelapangan
saya akan pergi
kucingred
nampaknya
semakin busy dengan peperiksaan kamu semakin rajin membuat entry baru
masih tidak punya kesedaran barangkali
kawan-kawan semua
doakan saya dan kawan-kawan sekelas dan sefakulti untuk berjaya
doakan kami menjadi doktor gigi yang memberi kebaikan untuk masyarakat sama ada dari segi kesihatan pergigian atau dalam dakwah
terima kasih semua :)
semoga Allah memberkati kehidupan kita semua
insyaAllah
jgn lupe kenangan dgn org linguaphone..heheh..=P
ReplyDeleteoh itu memang yang paling tak boleh tahan..hehe
ReplyDeletesiap bg motivasi percuma gara-gara tak mau beli barang dia..