Tuesday, September 20, 2011

dia yang mengingatkan III

terkadang bila kita berhadapan dengan sesuatu perkara itu
kita terlupa yang sebenarnya atas musibah dan rezeki itu terdapat ujian
di sebalik setiap rezeki itu ujian kesyukuran
di balik setiap musibah itu ujian kesabaran
dan dari setiap satu perkara inilah yang meningkatkan keimanan


bertemu dia
membuka mata
betapa selama ini saya terlupa bahawa Dia yang telah menetapkan segala sesuatu
hatta perkara kecil yang dianggap enteng
jika bukan atas izinNya
sekalipun berusaha sehabis nyawa
takkan mungkin berhasil


*dush*
rasa seperti dihentak
seakan-akan baru bangkit dari lena
bahawa selama ini hati tidak cukup keyakinan
jalan keluar paling mudah adalah menuding jari
haissshhhh
terasa sangat kerdil
betapa jahilnya diri ini


dan Alhamdulillah
bertemu dia juga takdir dariNya
mencelikkan mata yang buka
menggunakan akal yang ada
muhasabah


janji Allah itu pasti



ampunkan dosa kami ya Allah
dan jangan Kau jadikan kami orang yang tertutup hatinya dari petunjukMu
amin~



insyaAllah
dipermudahkan semuanya

No comments:

Post a Comment