Alhamdulillah
dah seminggu pun kita semua selesai menjalani ibadah puasa
moga segala amalan kita diterima Allah
dan semoga kita semua akan terus beristiqamah dalam beribadah kepada Allah di hari yang mendatang, insyaAllah
beberapa hari lepas (masa raya ni)
saya ada terbaca satu keratan akhbar tentang kepiluan hari raya sebuah keluarga
mungkin ramai yang masih ingat
mungkin ada yang lupa
berita ni menceritakan tentang keluarga kepada salah seorang kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh sebuah sekolah di area hulu selangor
simpati itu pasti
tapi ada yang tak rasional pada keluarga tersebut
sejak kanak-kanak tersebut meninggal
ibunya dan seorang abangnya (yang sama sekolah dengan mangsa) tak nak makan dll
seorang abangnya dan kakaknya drop sekolah
alasannya kerana terlalu sedih dengan pemergian arwah
mungkin saya tidak berada dalam kasut mereka
mungkin saya tak memahami kesedihan mereka
tapi kenapa perlu sampai begitu
anak itu dah pasti telah tiada
tapi mereka yang masih hidup ni mensia-siakan kehidupan
yang ini saya musykil
mungkin saya bukan individu yang selayaknya berkata-kata
saya pun banyak khilaf
apa pun kepada semua
salam aidilfitri
mzb
semoga Allah mempertemukan kita dengan ramadhan seterusnya, insyaAllah
hidup mesti diteruskan... don't give up!
ReplyDeletebtol tu jannah... haritu ada tanya pasal dayah kan? add lah kt fb.. :)
ReplyDelete