Sunday, September 11, 2011

insyaAllah- kerana Allah Maha Mengetahui

dan jangan sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "aku pasti melakukan itu esok pagi," kecuali dengan mengatakan insyaAllah. dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "mudah-mudahan tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar lebih dekat (kebenarannya) daripada ini" (18: 23-24)


hari ni nak cerita sikit tentang insyaAllah ni
baru-baru ni.. (adalah dalam tiga or 4 minggu lepas)
saya jalan dengan kawan-kawan ke kedai
macam biasa, jalan tengok barang mestilah kadang-kadang terdetik kat hati nak memiliki barang tu
walaupun kadang-kadang memang barang keperluan
tapi diri ini sangat kedekut
dengan keyakinan saya berkata "guna je apa yang dah ada.. guna sampai grad baru cari yang baru"
tiada insyaAllah
esoknya terus meragam
tak boleh nak guna
berminggu jugak saya fikir apa puncanya
akhirnya saya jumpa
tiada insyaAllah
sedangkan Allah itu Maha Mengetahui

lagi cerita tentang insyaAllah


semoga Allah mengampuni saya, insyaAllah


tapi jangan pula jadikan insyaAllah kepada jalan keluar bila kita tak nak buat sesuatu perkara





cakap tentang insyaAllah ni juga saya teringat satu cerita tentang patient
patient ni cina
masa sang operator tengah menerangkan prosedur pada patient terkeluarlah perkataan insyaAllah
patient yang teruja tadi terus bertanya
"awak cakap insyaAllah tadi insyaAllah orang melayu ke insyaAllah orang Islam?"
sang operator pula terpinga-pinga bila diajukan soalan tu lalu bertanya pada patient tersebut
"maksud uncle apa insyaAllah orang melayu dan insyaAllah orang Islam? saya tak pernah dengar pun"
patient terus jawab
"insyaAllah orang melayu ni maksudnya memang tak jadi lah.. tapi kalau insyaAllah orang Islam ni maksudnya dia memang akan buat.. jadi awak punya yang mana?"
sang operator tersenyum sambil berkata
"saya pegang insyaAllah orang Islam"


tengok..
betapa penyalahgunaan insyaAllah itu berlaku sampaikan orang bukan Islam boleh classify insyaAllah tu...


yang baik itu dari Allah
yang buruk itu atas kelemahan saya

Allahu'alam


No comments:

Post a Comment