Tuesday, May 10, 2011

saje

saya tidak suka bercerita kepada orang bahawa saya merupakan pelajar pergigian
bukan kerana saya tidak suka course ni atau apa
tapi saya tidak suka bila ada saja mulut-mulut laju yang suka menyatakan
i- wah, hebatnya ambik dentist... mesti budak pandaikan?
ii- best la kau, amek course yang hebat-hebat... tak macam aku ni...
iii- kenapa ambik dentist? ni mesti sebab tak lepas nak ambik medic kan?

tapi..
mulut orang
saya boleh buat apa?
mulut saya sendiri pun tak terkawal

saya cuma nak bagitahu kat sini
pergigian mungkin satu course yang boleh dikategorikan agak lain sebab
bukan semua institut ada fakulti pergigian
bukan semua orang terdedah dengan course ni
(saya rasa hampir separuh, mungkin lebih yang tak tahu pergigian ni ada banyak cabang)

dan saya nak bagitahu yang saya berada dalam bidang ni
seperti kamu-kamu di luar sana
saya tak larat nak jawap soalan kenapa pergigian bukan perubatan
ini rezeki saya
jalan yang Allah beri pada saya
saya cuma minta kalian doakan yang terbaik untuk saya


satu lagi
seperti yang mak saya selalu cakap
kalau benda itu namanya belajar
tiada jalan mudah
jalannya tak senang
jadi, baik medic, dentist, engine, cikgu, arkitek, polis, askar, kerani dan apapun
kalau dah namanya hidup
kalau dah dipanggil belajar
tiada yang senang
skop mungkin berbeza
tapi menuntut ilmu itu pasti ada dugaan

jadi
don't judge people based on what they are doing
i bosan ok



nota kaki: menghormati perbezaan itu adalah yang terbaik



doakan kami semua untuk peperiksaan ini....tq

1 comment:

  1. yeah, agree on that. kita buat apa yg terbaik dalam bidang masing2.

    ReplyDelete