Sunday, July 20, 2014

Cerita cinta dan air mata

Dari bulan lepas bawak ke bulan ni terlalu banyak benda yang sangat menguji
And I thought working life will never made me burst into tears, at least not in front of the patient and the teammates
Seems that I was wrong

Ya Allah
Berdepan dengan karenah pesakit terkadang terlalu menguji segalanya
Menguji kesabaran, menguji keimanan dll
Sangat teruji

Kena maki, kena cerca..
Mulut kita kata biasa
But deep down inside your heart you'll hurt
Indeed
Kita semua manusia, ada hati, punya perasaan
Sedih dan terluka

Kadang-kadang terfikir
Kalau tak kerana aku ada kontrak 11 tahun, rasa nak resign je
Lelah dengan karenah manusia
Nak cabut kena marah
Tak bagi MC kena marah
Cuci lama kena marah
Pesakit datang lambat pun kita yang kena marah
Tak bagi ubat pun kena marah
Dan akhirnya kita juga yang salah


Telan je la semua benda
Nak buat apa lagi
Accept and move on
Moga Allah berikan aku dan kita berbilion kesabaran dan ketabahan untuk hadapi semua ni
Dan didoakan juga kepada mereka-mereka untuk menjadi golongan yang empati kepada orang lain
Bukan nak suruh terima macam lembu kena cucuk hidung
Tapi cuba jadi warga yang lebih prihatin dan berhemah


Adaptation phase is the hardest phase
May Allah ease



..................................