Saturday, October 24, 2015
Tragedi Oktober
Initially aku duduk dan berangan nak menyanyi lagu wake me up when September ends.. baru aku sedar.. September has ended for real.. masa terasa pantas berputar.. cepat sahaja masuk ke bulan yang baru..
Perancangannya, ada kursus di KK.. itu perancangan kita sebagai manusia.. yang kita rancang dengan cita-cita dan harapan.. tapi, perancangan Allah itu lebih sempurna.. siapa sangka, bulan Oktober ni saja dapat 8hari MC.. aku sendiri terkejut, terpaku, terpana... dugaan dikejauhan.. mungkin aku nampak macam budak manja yang kekurangan kasih sayang.. sampaikan boss pesan, jangan bagitahu mak awak yang awak tak sihat lagi.. nanti mak awak risau.. dan aku pun, baiklah... but i feel so warm... hehe
Kereta comel aku di sini telah dengan jayanya menggesel dan mencium kereta suzuki seorang encik dalam usaha kami keluar dari parkir basement di the one and only financial park.. mujur tuan suzuki itu sangat baik.. katanya kereta dia boleh dipolish saja.. kereta aku pula.. terkopak cat.. tapi takpe.. memang aku yang bersalah dalam hal ini.. Alhamdulillah, Allah permudah.. Allah jualah yang melembutkan hati tuan empunya kereta untuk tidak marah, bahkan dia pula yang risau keadaan kereta aku..
Dugaan di tempat kerja.. terkadang aku rasa macam pelik.. entahlah... some people their feed from happiness of making people arguing.. aku pun tidak faham.. maafkan aku.. sekali kau buat perangai macam tu, aku buang habis kepercayaan aku pada kau.. buatlah apa yang kau nak.. tapi kepercayaan aku pada kau memang zero..
InsyaAllah, mahu pulang.. bertemu keluarga tercinta.. menambah ilmu di dada.. kawan-kawan mahu berkonvo.. moganya pulang kali ini penuh sarat dengan cinta, kasih, sayang dan bahagia lebih dari biasa...
Nota kaki: kenapa semakin cuba untuk menjauh, semakin banyak yang datang untuk mengingatkan.. semakin cuba untuk melupa, semakin dekat dia datang.. dugaan apa ini?? Maksudnya apa?? Berilah petunjuk dan kekuatan...
P/s: hati serasanya rindu, tapi malu nak mengaku.. ya.. aku egois.. tak perlu kata apa-apa...
Friday, October 16, 2015
Rindu
Betul orang cakap.. ada masa kita rindu tapi tak dapat nak luah.. sebab kita takut, malu, ego.. ada masa rindu datang memang tak dapat elak.. dan antara benda yang terbaik kau boleh buat adalah..... pergi ke tempat yang punya kenangan dan duduk di situ sambil mengingat yang tersayang.. imbau kembali semua memori suka dan gembira bersama.... serius.... kebahagiaan itu datang dalam pelbagai cara.. dan aku pilih untuk terus bahagia, gembira dan ceria dengan cara aku.. untuk kamu, sungguh aku rindu.. terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.. sayang awak kerana Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)