Monday, July 11, 2016

When that someone that you trust, betrayed
It changes everything
Setting a new game for you to play
Now I understand
How people can change
Becoming a person they never wanted to be


Kau,
Sentuh hati dan jiwa manusia
Lepas tu, kau mainkan..


Orang selalu kata,
Manusia akan rapat dengan manusia yang lain bila dia ada keperluan..
Bila takde keperluan, sampah pun nampak lagi mulia..


Entahlah
Entah selama ni aku yang terlalu baik in which I think it's impossible
Atau aku buta untuk menilai..
Atau aku yang terlalu bodoh untuk nampak permainan licik kau..


Kau ubah pandangan aku
Sebetulnya
Aku kecewa
Sebab bila kau suka, aku kau lupa
Bila kau sunyi, aku kau cari..


Sebab aku percaya kata kau
Tapi aku silap
Kau sama macam yang lain
Aku benci pentipu macam kau



Sometimes, I wish we never met
I wish we were never that close
I wish this pain just go away

Sunday, July 10, 2016

...

Raya tahun ni antara raya yang terlalu menguji emosi, jiwa dan raga selepas dari raya 3 tahun lepas..
Tengok gambar bahagia orang lain beraya, kau hanya mampu like..

Dugaan apa lagi?
At one point.. Kau rasa letih..
Penat dengan semua ni..
Kau cuma nak ia berakhir





Doa banyak-banyak
Moga Allah tunjukkan jalan yang benar dan jalan yang diredhai

Thursday, June 9, 2016

krik

Rasa lawak.. Mereka cakap kucingred moody.. Mana aku tak moody kalau bontot kau berat sangat nak bangun dari kerusi dan buat kerja hakiki kau.. Mana aku tak moody kalau benda yang patut kau boleh fikir dengan rasional tapi semuanya jadi cacamarba..

Kadang-kadang.. Geram nak cakap.. Apa kata gaji awak tu bayar je kat saya sebab at the end of the day, saya juga yang buat kerja awak..

Common sense which becoming so uncommon..

Orang sekarang ni banyak sangat makan GMO agaknya.. Sel-sel otak pun dah banyak yang putus.. Tu la... Orang jual susu yang ada DHA, kau nak jugak minum susu pekat manis.. Malas nak layan

Tuesday, May 24, 2016

Kenapa aku???

Kadang-kadang.. Kau tanya diri kau sendiri.. Kenapa aku?
Terutama untuk masalah yang acapkali berulang..
Kenapa aku?

Terkadang mencari, tercari
Mana silapnya sampai benda jadi begini
Terkadang terasa masa berhenti

Why me?


Kenapa.. Bila kita baik, orang ambil peluang dan kesempatan..
Bila kita tegas, orang cakap sombong dan garang
Akhirnya..
Diri sendiri yang terluka, merana, kecewa...

Why me?

Saturday, May 7, 2016

Lawak

Lawak
Bila kau anggap dia macam sahabat
Kau bantu waktu dia susah
Kau sanggup berhabis untuk dia
Tapi..
Bila dia bahagia, gembira
Kau dibuang macam tiada erti

Kelakar
Sebab kau sayang pada dia
Tapi..
Apa yang dia anggap pun kau tak pasti

Biarlah
Asal kau bahagia, aku terima
Lawak kau yang satu ni biar aku yang ketawa
Ketawa seorang, berdekah-dekah
Sampai mengalir air mata

Jiwa
Sampai bila harus begini
Jangan jadi bodoh sebab manusia badut
Ya, aku yang bodoh
Berkali-kali diperlakukan sama
Berkali-kali aku terluka
Tapi mungkin sebab jenaka kau terlalu menghibur
Aku buang semua luka

Tapi..
Aku minta maaf
Lawak kau yang ini sudah basi
Aku minta maaf
Aku patut sedar dari mula
Kau memang tak akan suka manusia macam aku
Haha..
Aku yang bodoh

Kelakar kan
Sendiri bina harapan
Sendiri yang kecewa di tengah jalan
Padan muka aku..