Saturday, March 10, 2012

titis air yang tenang

pernah tak kita rasa apa yang kita hadapi itu yang terdasyat
sampaikan terasa seisi dunia tidak pernah memahami dan mengerti apa yang kita hadapi
rasa semua derita itu terbeban di pundak hingga membuatkan kita tersungkur
cuba untuk bangun tapi tetap tersungkur
hingga tiada kata yang mampu diucap
tiada perkataan dapat menggambar duka
saat itu air mata bergenang di tubir mata
hanya menanti waktu untuk melimpah
tiba-tiba
di kanan kelihatan insan yang kelaparan
meminta-minta untuk sesuap nasi
di kiri pula insan yang kudung
masih berusaha untuk berjalan
di belakang pula insan yang kurang waras
berjalan-jalan tanpa tujuan
air mata itu tumpah jua
bukan kerana duka
tapi berbekal sedar
insan lain nyata lebih derita
kita punya masalah cuma
titis air yang tenang
mendamai jiwa, membuka mata
Alhamdulillah
Tuhan masih sayang
sakit itu bukan kita seorang





--------------------------------------------------------------------------------

insyaAllah
ujian Allah mematangkan diri
semoga kita tabah menghadapinya

insyaAllah
kita manusia gagah




No comments:

Post a Comment