Monday, June 4, 2012

bila chorda tympani sudah tidak berfungsi


minggu ni sangat gembira
berada dekat dengan family terchenta dek kerana en conjunctivitis datang menjengah
walau bagaimanapun mestilah happy berada di rumah
di sekolah banyak sangat perkara yang harus diselesaikan
sampaikan beberapa assistant role terbengkalai dengan jayanya
entah dementia, entah amnesia
tak berada langsung dalam ruang mr brain ni tentang memungut markah assistant role

sedar tak sedar
dah 12 tahun tok wan tinggalkan kami
dah 6 tahun juga pak long pergi
masa berjalan
bukan sekadar berjalan
masa berlari
bahkan terkadang ia memecut
meninggalkan kita terkulat-kulat di sini
apa baikkah tidak
bermanfaatkah atau tak
lalaikah apa tidak
mmmmm
muhasabah

bila singkap sempadan masa dan ruang
tak putus-putus rasa bersyukur
syukur kerana di sini Islam itu ada
syukur kerana secara zahirnya kita aman
syukur kerana masih berpeluang menuntut ilmu
syukur kerana ada saluran untuk mendalami agama
syukur kerana tidak ada penindasan terhadap Islam
syukur kerana tiada halangan mengamalkan Islam
Alhamdulillah ya Allah

bila chorda tympani sudah tidak berfungsi
tiada lagi yang manis, masam, masin dan pahit
yang ada hanya tawar semata
macam tu juga hidup
andai setiap perkara itu mudah
tak pula ada rencah kehidupan
semuanya jadi bosan

balik semula ke permulaan minggu
kadang-kadang terasa seperti mesin
diri macam dah diprogramkan untuk tugas yang sama hari demi hari
betul kata doktor
terkadang niat itu terkucil
dek perkara itu menjadi rutin
yang jadi masalah
bila kita tak sedar-sedar yang kita dah menyimpang



wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
thabitkan hati kami dalam agamaMu
amin~






No comments:

Post a Comment