Monday, August 25, 2014

Cerita dia..

Pergi ke sekolah
Semua orang tak mahu panggil pelajar kelas hujung
Katanya nakal
Hakikatnya bukan sekadar nakal.. Tambah lagi tidak terkawal
Tapi kerana tanggungjawab, digagahkan juga


Sekumpulan budak perempuan
14 tahun, tingkatan dua
Nampak nakal tapi agak mesra
Diajak bersembang
Macam-macam yang dikongsi
Ada seorang, banyak cakap.. Attention seeking mungkin


Sambil menunggu berbual kosong
Aku tanya, dia anak ke berapa
Katanya anak tunggal
Emak saya buang saya, ayah pula meninggal dunia; jatuh laut
Kakak, abang dan adik tiada
Aku terkedu



Terkadang mereka bukannya tiada harapan
Kita yang membunuh harapan dari diri mereka



Terpukul
Terpana
Dan tersedar
Menangis




No comments:

Post a Comment