Sunday, May 10, 2015

unconditional love

Mak, ayah
Ibu, bapa
Mama, papa
Ummi, abi
Mummy, daddy
Emak, abah

Tidak kira apa panggilannya
Mereka antara anugerah yang paling bernilai yang Allah bagi kita pinjam

Aku bukan anak yang sempurna
Tapi, aku harap aku dapat berikan pada mereka kebahagiaan walau sedikit cuma

Terima kasih kerana tidak pernah putus asa dengan diri ini
Terima kasih kerana berterusan menyayangi dan mengasihi diri ini
Terima kasih atas segalanya

Maaf untuk setiap air mata
Maaf untuk setiap derita
Maaf untuk setiap kata-kata
Maaf untuk segalanya

Ya Allah
Kau pelihara kedua ibu bapa ku
Kau ampunkan dosa mereka
Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku
Kau jagakan mereka ketika aku tidak berada dekat dengan mereka
Kau satukan kami dalam syurgaMu

Mak, ayah
Mungkin kita susah nak luahkan
Tapi I love you guys so much
Thank you and sorry for everything
I love you so much, lillahi taala


No comments:

Post a Comment