Friday, July 31, 2015

.....random.....



Di kejauhan dan terutama bila bersendirian
Hati ini terkadang terlalu rapuh
Melihat atau mendengar nama sesetengah individu cepat saja membuat hati jadi hiba

Terkadang terasa kuat
Tapi ada masanya berasa terlalu sukar untuk terus berdiri apatah lagi berjalan
Rasa tak berdaya

Kenapa air mata ini terkadang terlalu murah harganya
Jiwa ini terlalu kacau
Terlalu serba-serbi
Caca marba

Kenapa rasa ini susah untuk ditepis
Terlalu payah
Sampai menjerat dan memakan diri
Sendiri terluka, tertusuk, derita

Allah, jagakan hati ini
Aku tak mahu hati ini terus-terusan hanyut dan jauh dari pandanganMu
Aku takut..
Aku tak mampu




Nota tangan: aku menjauh kau mendekat, aku mendekat kau menjauh...




Thursday, July 30, 2015

Pengalaman


Pengalaman inilah yang mematangkan kita

Jika dulu kita melihat perkara itu dari satu sudut
InsyaAllah berbekal pengalaman kita dapat melihat perkara yang sama dari sudut yang berbeza

Aku, kau, dia, mereka
Usia bertambah
Pengalaman mungkin tidak

Pergilah
Keluar dari kepompong selesa
Mencari
Pasti ada jawapan di perjalanan



Nota kaki: kalau aku cakap aku suka kau, sudi tak kau terus berada di sisi aku?




Monday, July 27, 2015

Manusia

Manusia itu yang hadir dalam duka
Melahirkan simpati
Mengesat deras air mata di pipi

Manusia itu yang hadir saat gembira
Bersama tertawa
Membuat senyum lebar sampai ke telinga

Manusia itu yang datang waktu sunyi
Setia menemani
Membuang semua kesepian di hati

Manusia itu juga yang membuat aku menangis
Sebab dia sentuh ke dasar yang paling dalam di jiwa ini





Manusia itu cuma manusia
Dia dan aku masing-masing tak sempurna
Bukan salah dia
Bukan salah aku
Bukan salah sesiapa


Kita cuma manusia






Saturday, July 25, 2015

My life is a.....


Currently my life is a firework. Lots of colour, full of exciting things and surprises. Alhamdulillah 'ala kulli hal. I really am thankful and happy.

I am happy for you. I can sense your happiness. Please, happiness suits you better. I love to sense your happiness. Your positive vibes make me smile.

I've been thinking. Sometimes certain things are better left unspoken. Speaking of certain things just break the heart into pieces.

I'm missing you so much that no word able to help me to express it. I miss you...



Cause you are sky full of stars





:'D





Friday, July 24, 2015

Make someone's day

Sometimes we tend to forget that simple things like smiling and expressing gratitude can mean so much to someone. 

One of the flight attendants was so stress out during examination of the boarding pass. The simple thank you and smile changed his facial expression. Well, flight attendants are charming to begin with.. hehe..
Me, working and dealing with humans understand the situation. It's not easy dealing with so many human with millions of behaviour. Really tough, challenging and me, myself often failed- T_T

Sometimes, just simple things that we, as customer can do is smile. Is it too much to ask for? Well, it doesn't even cost you a cent..


Smile, say thank you and spread the love


P/s: minna san, thank you!


Eid mubarak
Kullu 'am wa antum bi khair
Taqabbalallahu minna wa minkum


:D



Thursday, July 9, 2015

........

Sekarang ni viral di fb kisah seorang doktor yang meninggal akibat kemalangan post call. Aku bersimpati. Moga Allah beri kekuatan pada keluarganya dan moga diampunkan dosanya dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Walaupun aku hanya pegawai pergigian, tapi aku juga pernah bekerja di hospital yang mana mengamalkan sistem active call (kena standby di hospital). Jujur, aku pernah dapat kes tak berhenti dari pagi masuk oncall sampai waktu nak punch out oncall. Dan waktu nak balik tu memang sangat mengantuk. Dalam hati berdoa moga cepat sampai ke rumah dan moga diri ini tak menjadi pesakit di mana-mana A&E. Ya, aku pernah terlelap masa memandu post call.

Betul. Terkadang mereka lupa, kami juga manusia. Punya perasaan, letih, penat dan kami juga sakit. Tapi, sebab tanggungjawab, kami terima. Aku terbaca di fb luahan hati seorang MO dan aku setuju. Pesakit dan keluarga terlalu ramai membuat aduan tentang petugas kesihatan tidak ramah, tidak mesra, marah-marah pesakit. Tapi, bila anda yang kurang ajar dengan kami, marah-marah staff, memaki, mencarut bahkan ada yang sampai tahap ada physical contact dengan staff, kami cuma terpaksa bertahan atas dasar professionalisma. Ingat, kami juga manusia.

Kadang-kadang aku terfikir. Tenat sungguh masyarakat kita ni. Sampaikan kerana satu ringgit pendaftaran, mereka demand layanan first class. Dan sampai satu ketika kau dah tak tahan, laju saja ayat ni meluncur keluar.. "dah berapa hari kau tak berus gigi ni ha?" sambil terus buat dental charting dan menggeleng kepala...

Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran..


Friday, July 3, 2015

Ragam yang bikin panas


Aku tersentap. Baca satu statement kat fb pasal healthcare workers. How we are supposed to be nice and gentle towards our patients and their relatives.

Jujur. Aku manusia biasa. Terkadang kita ada hari yang semua perkara jadi serba tak kena. Hinggakan sekecil-kecil dan seremeh-remeh perkara boleh buatkan kau menangis atau meradang.

Harini, dua kes cabutan yang mudah jadi susah. Sebab patient keraskan badan masa buat cabutan. Dan satu kes yang betul-betul buat aku rasa geram sebab patient tu literally ada agressive contact dengan aku. Kecoh satu klinik, patient pukul officer. Nasib baik di tangan je.

Persoalan aku, kadang-kadang mereka yang datang minta cabut, tampal dan cuci. Tapi kenapa bila kita nak provide the best diorang jadi macam....
Aku pun letih nak cakap banyak kali.. Kalau datang sini minta tolong dari kami, tolong yakin dan percaya.. Kesembuhan semua dari Allah.. Dengan berbekalkan ilmu yang ada, insyaAllah kami cuba yang terbaik.. If not, jangan datang in the first place....