Thursday, July 9, 2015

........

Sekarang ni viral di fb kisah seorang doktor yang meninggal akibat kemalangan post call. Aku bersimpati. Moga Allah beri kekuatan pada keluarganya dan moga diampunkan dosanya dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Walaupun aku hanya pegawai pergigian, tapi aku juga pernah bekerja di hospital yang mana mengamalkan sistem active call (kena standby di hospital). Jujur, aku pernah dapat kes tak berhenti dari pagi masuk oncall sampai waktu nak punch out oncall. Dan waktu nak balik tu memang sangat mengantuk. Dalam hati berdoa moga cepat sampai ke rumah dan moga diri ini tak menjadi pesakit di mana-mana A&E. Ya, aku pernah terlelap masa memandu post call.

Betul. Terkadang mereka lupa, kami juga manusia. Punya perasaan, letih, penat dan kami juga sakit. Tapi, sebab tanggungjawab, kami terima. Aku terbaca di fb luahan hati seorang MO dan aku setuju. Pesakit dan keluarga terlalu ramai membuat aduan tentang petugas kesihatan tidak ramah, tidak mesra, marah-marah pesakit. Tapi, bila anda yang kurang ajar dengan kami, marah-marah staff, memaki, mencarut bahkan ada yang sampai tahap ada physical contact dengan staff, kami cuma terpaksa bertahan atas dasar professionalisma. Ingat, kami juga manusia.

Kadang-kadang aku terfikir. Tenat sungguh masyarakat kita ni. Sampaikan kerana satu ringgit pendaftaran, mereka demand layanan first class. Dan sampai satu ketika kau dah tak tahan, laju saja ayat ni meluncur keluar.. "dah berapa hari kau tak berus gigi ni ha?" sambil terus buat dental charting dan menggeleng kepala...

Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran..


No comments:

Post a Comment