Ya Allah
Jangan biarkan kejauhan ini menyesatkan
Tuntun hambaMu ini ya Allah
Jangan biarkan rasa ini melalaikan
Jangan biar hamba terus-terusan alpa
Jangan alihkan pandanganMu dari hamba
Sebab hamba ini selayaknya hamba
Perlu lindungan, rahmat, kasih sayangMu
TanpaMu hamba terus lemah
Terima kasih ya Allah untuk segalanya
Terima kasih ya Allah sebab simpan yang terbaik untuk hamba
Terima kasih ya Allah untuk rahmat dan kasih sayang yang tak pernah putus
Terima kasih ya Allah
Alhamdulillah
Tolong jemput hamba menjadi tetamuMu ya Allah
Berikan hamba kekuatan
Maafkan segala kekhilafan hamba
Jadikan hamba manusia yang bersyukur dan sabar
Terima kasih ya Allah
Sunday, September 20, 2015
Thursday, September 17, 2015
Wednesday, September 16, 2015
Mimpi
Aku mimpi.. kita sama-sama naik bas.. aku pandang kau dari jauh.. bas yang kita naik tayarnya pancit.. bas berhenti, kita keluar dan kau menghilang.. kemudian aku lihat sekeliling.. kenapa kau di sini? Bukankah kau sepatutnya jauh di seberang?
Melihat kau dari jauh, setiap kali juga jiwaku sedih.. sebab, serasanya.. perasaan ini tak dapat diluah.. tapi setiap ada kau, rasa itu makin bercambah.. seolah tak mungkin bisa hilang..
Aku berjanji untuk kesekian kali.. jangan kerana ini jiwa jadi lemah.. tapi ternyata, aku tak kuat... rasa sakit ini bawa ke mimpi.. dalam mimpi pun kau sedar, dia seakan tak mungkin kau miliki.....
Tuesday, September 1, 2015
Entah kenapa, semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ni aku macam terlebih emosi dan terlalu amat mudah untuk rasa macam nak meletup. Buat medical check up untuk staff kesihatan, tiba-tiba kena diagnose depression dan stress. Dah kenapa?
Hari ni pergi sekolah buat rawatan. Rasa macam kena heart attack. Budak form 1, gigi atas hanya canine sahaja yang tiada karies. Gigi bawah nasib molar saja yang berkaries. Boleh pula datang sekolah tak berus gigi. Huhu. Nak nangis rasa tengok mulut dia. Kena la sedas bebelan dari aku.
Kadang kita harap, yakin yang dia akan faham. Tapi kita silap. Mungkin penanda aras kita terlalu tinggi. Sampaikan dia tak tercapai, kita pun bila jatuh, terus berderai. Akhirnya, masing-masing terluka, kecewa. Rasa macam loser.
Bertabahlah duhai jiwa dan hati. Moga Allah permudah jalan aku dan kamu.

Subscribe to:
Posts (Atom)