Tuesday, September 1, 2015

Entah kenapa, semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ni aku macam terlebih emosi dan terlalu amat mudah untuk rasa macam nak meletup. Buat medical check up untuk staff kesihatan, tiba-tiba kena diagnose depression dan stress. Dah kenapa?


Hari ni pergi sekolah buat rawatan. Rasa macam kena heart attack. Budak form 1, gigi atas hanya canine sahaja yang tiada karies. Gigi bawah nasib molar saja yang berkaries. Boleh pula datang sekolah tak berus gigi. Huhu. Nak nangis rasa tengok mulut dia. Kena la sedas bebelan dari aku.


Kadang kita harap, yakin yang dia akan faham. Tapi kita silap. Mungkin penanda aras kita terlalu tinggi. Sampaikan dia tak tercapai, kita pun bila jatuh, terus berderai. Akhirnya, masing-masing terluka, kecewa. Rasa macam loser.


Bertabahlah duhai jiwa dan hati. Moga Allah permudah jalan aku dan kamu.

No comments:

Post a Comment