Tuesday, August 18, 2015
..kenapa..
Ada saat, kau sebagai manusia biasa sangat mengharapkan telinga untuk mendengar semua masalah kau.. ada waktu, kau perlu bahu untuk kau menangis.. ada ketika, kau perlu kehadiran seseorang yang boleh legakan segala gundah, resah, sakit, sesak, senak, beban yang ada di hati dan jiwa kau.. sebab kau manusia..
Bukan semua orang pandai mengekspresi apa yang terbuku di hati.. bukan semua orang tahu cara nak luahkan rasa di jiwa.. bukan semua orang boleh bercakap tentang perasaan.. sebab kau masing-masing ada kisah tersendiri, cerita yang sebati dengan diri kau, yang kau pegang erat, genggam kuat supaya orang lain tak tahu.. sebab cerita itu yang menjadikan kau apa adanya..
Pada orang yang paling kau kasih, percaya, sayang, suka, cinta, mesra.. terlalu amat menyakitkan bila yang kau harapkan faham tapi jauh menyimpang dari landasan.. terlalu menyesakkan.. terlalu melelahkan.. terlalu segalanya..
Sebab itu aku pilih untuk diam.. simpan dan pendam segala rasa.. biar sendiri terluka.. daripada kecewa..
Kenapa dari mulut yang tersayang selalu keluar..
"Kalau kau takpe lah.. sebab kau......."
Kuat sangatkah aku di mata kau? Sampai aku tak punya hak untuk berduka.. Sampai kau selalu sebut aku yang ini bukan aku yang kau kenal.. Sampai tiada ruang langsung untuk aku bersedih.. Sampai aku jadi keliru dengan sekeliling aku..
Kenapa?
Kenapa?
Aku tak minta lebih, cukup sekadar ada ketika aku sedih.. sebab aku juga manusia.. kalau jatuh, aku pun sakit.. kalau tak makan, aku pun lapar.. kalau terluka, yang mengalir tetap merah darah..
Kenapa?
........
Saturday, August 15, 2015
.....random.....
Sakit ketika kau berada jauh dari keluarga adalah perasaan paling menyesakkan. Aku betul-betul tak kuat dan akhirnya hanya mampu menangis. Alhamdulillah, Allah maha baik, meminjamkan teman-teman yang cukup memahami. Terharu.
Lega. Berbincang dengan keluarga hal-hal itu menyebabkan aku rasa disayangi. Sungguh, perasaan kasih itu walau tak ditunjuk tapi ia ada. Sayang itu walau tak nampak tapi sememangnya sentiasa ada.
Ya Allah, jagakan hati ini..
Jangan biarkan kejauhan ini menghanyutkan..
Jangan biarkan semua ini menjatuhkan..
Jangan biarkan rasa ini menjauhkan......
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel
Terima kasih ya Allah
Alhamdulillah
Lega. Berbincang dengan keluarga hal-hal itu menyebabkan aku rasa disayangi. Sungguh, perasaan kasih itu walau tak ditunjuk tapi ia ada. Sayang itu walau tak nampak tapi sememangnya sentiasa ada.
Ya Allah, jagakan hati ini..
Jangan biarkan kejauhan ini menghanyutkan..
Jangan biarkan semua ini menjatuhkan..
Jangan biarkan rasa ini menjauhkan......
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel
Terima kasih ya Allah
Alhamdulillah
Saturday, August 8, 2015
Rindu semenanjung
Bekerja di tempat sekarang, bahagia. Rasa gembira. Seronok. Alhamdulillah, Allah berikan dan kurniakan orang yang baik-baik di sekeliling aku. Cuma, kerja di sini terkadang rasa terlalu bosan.
Semua orang tak suka, jika kau kena provide the best treatment but the resources sucks. The outcome of the treatment with limited resources is really frustrating. Sebab tu aku malas nak suggest endo molar untuk patient. Walhal zaman student, gigi second molar pun kau buat endo.
Ada sesetengah perkara betul-betul buat aku rindu semenanjung. Maybe aku terlalu attached dengan sesetengah individu di semenanjung yang membuatkan aku merindui semenanjung dengan kadar yang amat sangat.
Berjauhan dari keluarga, kadang-kadang aku rasa tak kuat. Kadang-kadang rasa nak pulang ke semenanjung for good. Tapi, tanggungjawab dan amanah di sini. Perlu gagahkan hati walau jiwa meronta.
Terkadang merindui orang, yang kita pun belum tentu dia fikir, rindu entahkan jauh. Hati dan jiwa asyik diusik emosi. Mungkin sebab bersendirian di kejauhan. Moga Allah sentiasa bagi kekuatan..
Nota hati: kenapa kau sentuh ke sudut jiwa yang paling dalam kalau kau tak mahu berada terus di situ?
Rabbi yassir wa la tu'assir
Subscribe to:
Posts (Atom)