Saturday, August 8, 2015
Rindu semenanjung
Bekerja di tempat sekarang, bahagia. Rasa gembira. Seronok. Alhamdulillah, Allah berikan dan kurniakan orang yang baik-baik di sekeliling aku. Cuma, kerja di sini terkadang rasa terlalu bosan.
Semua orang tak suka, jika kau kena provide the best treatment but the resources sucks. The outcome of the treatment with limited resources is really frustrating. Sebab tu aku malas nak suggest endo molar untuk patient. Walhal zaman student, gigi second molar pun kau buat endo.
Ada sesetengah perkara betul-betul buat aku rindu semenanjung. Maybe aku terlalu attached dengan sesetengah individu di semenanjung yang membuatkan aku merindui semenanjung dengan kadar yang amat sangat.
Berjauhan dari keluarga, kadang-kadang aku rasa tak kuat. Kadang-kadang rasa nak pulang ke semenanjung for good. Tapi, tanggungjawab dan amanah di sini. Perlu gagahkan hati walau jiwa meronta.
Terkadang merindui orang, yang kita pun belum tentu dia fikir, rindu entahkan jauh. Hati dan jiwa asyik diusik emosi. Mungkin sebab bersendirian di kejauhan. Moga Allah sentiasa bagi kekuatan..
Nota hati: kenapa kau sentuh ke sudut jiwa yang paling dalam kalau kau tak mahu berada terus di situ?
Rabbi yassir wa la tu'assir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment