Thursday, December 31, 2009

tak suka

haha ni just my opinion
kalau xsuka xpe
tapi ni opinion saya

kadang-kadang saya tengok ada antara kita suka hati je post gambar orang kat blog ke fb ke ape ke..

saya xkisah kalau diorang nak post gambar diorang sendiri
that's fine
u don't bother me, so do i

tapi...
yang buat saya xsuka adalah
diorang ni kekadang sesedap rasa sesuka hati nak post gambar orang lain kat dorang punya laman sosial tu (of course la yg saya cakap ni ttg yg xmeminta izin)

saya xsuka okay
for me la kan
kalu nak post
mintak izin kay

that should b ok kalu mintak izin


alahai...
bukannya nak mati pun kalau mintak izin kat orang tu yang you nak letak gambar dia....
bukan ke itu lebih baik???

cuba fikir..
kdg2 kawan korg tu sendiri xletak or shall i say xde pun laman sosial
tp korg sesuka hati je nak mengglamourkan wajah dorang dlm internet
tidakkah perbuatan korg tu adalah keterlaluan?
apetah lagi kalau gambar dorg tu adalah gambar yg memalukan
spt gambar tidur dgn mulut terbuka
ataupun gambar dia yg menguap sampai nampak semua gg geraham dia yang ada amalgam filling

nah fikirlah

tolong minta izin orang lain untuk pamerkan gambar2 yang anda berkenan especially kalau ada gambar orang......


melainkan,
rakan anda tu memang la sangat sangat sangat sangat sangattttttttttttttttttttttttttt xkisah ttg gambar dia sendiri

btw
ni just my opinion

2009

....................

1 perjalanan yang panjang and jauh dah diredah

banyak suka,duka,gembira,derita yang dah dilalui sepanjang tahun ni

tahun ni banyak aktiviti luar yang dijalankan bersama
2x road show
2x community service
2x sukan intervarsity dental
c-fest

ada gak sukan minggu orientasi
c-fest
family day
akasia seni and sambutan maal hijrah

okay
selain daripada tu
banyak gak exam yang ada sepanjang tahun 2009 ni
3x exam midsem
1x exam final
and 1x exam pro

ada banyak perkara yang mengundang airmata sepanjang 2009 ni
contohnya
dapat result yang x elok=gagal
kena marah dalam lab operative technique

ada juga banyak perkara yang gembira seperti
semua lulus exam pro and naik tahun 2
gi rumah dr faizah dan makan2 di sana

dan banyak lagi

kadang2 bila dikenang balik
ada yang buat panas hati
ada yang buat senyum sampai telinga
ada yang buat rasa malu

tapi
apapun
semua tu ada hikmah

yang pasti
saya sangat gembira ditemani semua yang ada di sini

rasa macam sekejap je tahun ni
tapi banyak sangat perkara yang berlaku

Alhamdulillah
terima kasih Allah kerana berikan saya tahun yang indah...

Wednesday, December 30, 2009

OSPE ke OSCE??

tadi baru je habis exam practical DMDT n optech


xtaw nak kate ape k

ianya saaaangattttttt tak tergambar dengan kata2

huhuhu

nak bancuh kalzinol pun x boleh

habis la aku....

T-T

yang lain pun bukan leh jawab sangat pun

aduhai
adoyai
camner ni....

nak balek umah

huhuhu~~~~~~

Friday, December 25, 2009

kita takkan pernah....

kita takkan pernah puaskan hati semua pihak bila kita buat sesuatu perkara
mungkin akan ada orang yang akan setuju dengan semua tindakan kita membabi buta
mungkin juga akan ada yang mambencinya juga dengan membabi buta

ada juga yang akan setuju dengan seikhlas hati
ada yang berfikiran berbeza lantas membenci
ada juga yang mungkin setuju pada sebahagian
dan lagi sebahagian pula kurang digemari

kita takkan pernah faham apa yang ada dalam hati sesiapa sahaja
hatta diri sendiri juga terkadang kita tak dapat nak fahami
mungkin suatu yang indah bagi kita adalah derita orang lain
dan mungkin juga yang derita bagi kita itu bahagia buat mereka yang lain

ada juga yang begitu mulia dengan bergembira melalui kesenangan kita
bersusah juga dengan kesulitan kita
ada pula yang sekadar bersimpati tapi tidak empati

kita takkan pernah dapat puaskan hati semua pihak
itu memang pasti
takkan pernah tutup mulut mereka dari terus-terusan mengata
takkan pernah berupaya buka mata hati mereka untuk mendengar dan menerima
takkan pernah dapat memaksa mereka untuk setuju
takkan pernah menjaga semua perasaan yang ada
takkan pernah melepaskan diri dari egois
takkan pernah tidak melukai hati sesiapa

kita takkan pernah menjadi sempurna
kerana kita manusia
punya akal
tapi sentiasa dikuasai nafsu

dan akhirnya dalam menjadi yang terbaik itu
kita melukai diri kita sendiri
kerana manusia itu tidak pernah puas.....

Tuesday, December 22, 2009

c.h.a.n.g.e

i wanted to change...

yes....


change...

maybe it is the best thing to do.....

please!!!

give me a way

give me a path


maybe
the road that i did not take previously must be taken now...

i need to change
because i wanted to

yes!!!!

i wanted to change so badly...

please....

let me change.....

Saturday, December 19, 2009

tulang itik..

hallo

pernah x dgr simpulan bahasa melayu yg berbunyi tulang itik?
ya..
tulang itik yg saya tulis sbg tajuk bg entri ni..

saya terfikir nak cari maksud simpulan bahasa ni sbb masa mama saya amek saya dari hostel (glenview villa) mama sedang membebel kpd saya (sbb saya pny tangan sakit- jatuh or kne bola time maen futsal) n my mom said "dah taw awak tu tulang itik, jgn la maen lasak2 sgt"
n i said "tulang itik???ape tu..xpenah dgr pun"

jadi...
tulang itik ni sebenarnya bermaksud orang yg xkuat bekerja
(eh ye ke?)
ke sebenarnya dia nak kata org yg xkuat buat kerja berat?
xkisah la ape pun
tp tu la yang mama kata kat saya

mungkin la mama kata gitu sbb
-sekali tu jatuh tangga n then patah kaki :(((
-sakit kaki (yg sgt kritikal) sbb langkah lopak air kt tempat boling :((((
-latihan futsal utk intervarsiti jatuh n sakit kaki (time ni main kat padang tepi masjid) :((
-kt uitm time intervarsiti jatuh n sakit tgn kanan (naseb baek la awak kidal sbb isnin tu exam titas) :(
-latest ni sbb sakit tgn tu la (mmm da la tgn kiri) T-T

pape pun saya rasa saya ni bukan la tulang itik ke apa ke
maybe it just that i'm not that lucky to fall mase maen tu
or maybe jgk ni kifarah dr Allah utk hapuskan dosa2 saya yg banyak tu....

apapun,
saya bersyukur masih lagi diberi peluang untuk rasa apakah itu sakit...

da~

Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah semua!!!

k
malam semalam ada sambutan kat fac
i was d director of d prog

i nak ucpkan thanx a lot to all
our 3rd yr sr
1st yr jr
and of course my dearest n lovely friends from 2nd yr
thanx utk sgl komitmen n kerjasama yg jitu

nasyid competition
1st yr performance was good (s we all already know yg dak 1st yr mmg mntp)
our batch i think ok la (mencuit hati i guess)
n something that was unexpected from our sr
OMG
i was like (shall i say terpegun??)...
sedap la dorg nyanyi (ehem..ni 1st time dgr sr wat performance nasyid)
antara 4org yg menyanyi tu (group 3rd year)
hafiz's voice that i like the most (sorry krn meng'glamour'kan nama anda)
n s i expected,
3rd yr dpt 1st place utk nasyid tu...
diikuti 1st yr n our batch

khat pulak annurdin yg dpt tmpt pertama (tp mmg sume suka din punya)
n laila dpt tmpt ke2

poster laks dimenangi oleh hadi (2nd place)
and d 1st place buddy i yg menang k...

for quiz,
yg menang tu umah sr gurlz>A13-02
n kakak buddy i yang amek adiah tu

hik..hik..hik..(gelak gediks)
utk pertandingan mengarang sajak pulak
kak ainil dapat tmpt ke2
and....
i won d 1st place... (hooorey!!!)
haha..
i x expect pn leh menang sih
kate pun wt time ngantuk-siap tertidur ag and sambung esok pagi
credits to amy sbb igtkan i suh tulis gk sajak tu..hehe

thank you
to
1.all judges
2.all participants
3.all FoD members
4.annurdin- imam maghrib
5.sakinah- mc nasyid

terima kasih sekali lagi i ucapkan kpd semua yg menjayakan majlis mlm td sama ada scr langsung or xlangsung

skang ni marila kita bersama berganding bahu untuk sukan intervarsiti pd minggu dpn lak

-Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah-

dan

-Majulah Sukan FPg USIM-


thanx again eb-badi

Monday, December 14, 2009

hei..better think la

hoi
use ur brain la
on what purpose ko ade otak kalu ko xmo gune

woi
use ur mind la weh
what the fish ko ade akal tapi wat keje s if u dont have one

oiiiiii
use ur heart la
do empathy to others la weh

i'm not dat good
neither being understanding
but at least i think (haha i guess la)

but do i care?
obviously i am always d black sheep
bukan cam ko
konon cam bagus
bajet cam alim
walhal.....

kalu tol mmg bagus cam pe yg org len kate tu
buktikan la
xpayah bajet bagus konon tau seme benda
jgn la perasan alim sampai pndg org lain cam jahat

woi..
better think la
dont make others hate u

aku yg mmg jahat n mulut yang sentiasa xde insurans

Sunday, December 13, 2009

.............................................................................................................................................................

aduhai..
hati ni,
DIA saja yang tahu
sakitnya
deritanya

aduhai..
jiwa ni,
DIA saja yang faham
resahnya
gundahnya

aduhai..
minda ni
DIA saja yang mengerti
kusutnya
serabutnya

...........................................................................................................................................................

ya ALLAH
hati ni makin tenat
tolonglah..
T-T

tenat ni.......

haha
baek jangan baca
(ececeh..perasan giler ade orang yang bace blog dia)

ehem
aku mengalami satu perasaan yang xleh nak diluahkan dengan kata2

hati rasa panas menggelegak
tangan n kaki rasa ringan je nak tampar n sepak (lagi2 hari jumaat haritu baru je main futsal n bola tampar)
mulut ni rasa laju je nak cursing

kalau ikut hati n perasaan aku yang memang mendidih ni,
kalau ikut mulut aku yang sememangnya jahat xberinsurans ni
kalau ikut tangan aku yang sememangnya rasa ringan je nak menampo sesuatu
and kalau ikut kaki aku yang laju je nak menyepak ni
memang aku dah buat dah semua tu

rasa aku cam nak tarik2 je rambut dia
rasa cam nak mencarut-carut+maki2 je
rasa cam nak tampar n sepak2 muka dia
rasa macam nak gigit badan dia sampai berdarah-darah
nasib baik la bapak dia yang bayar zakat fitrah
kalau x...
dah lama dah aku buat semua tu
(psiko kan aku?)

ni la dia padah geram yang terlalu amatlah sangat
tenat giler perasaan aku ni
xnak tengok muka mu itu
xnak dengar suara mu itu
sebab aku sakit hati
sakit jiwa
sakit raga
sakit mental

aku BENCI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 11, 2009

jealous

that's da word,
jealous
ye..
saya sangat jealous
bila tengok gambar orang lain dengan adik perempuan/kakak mereka
yup..
saya jealous

huhu tp xpe
saya ttp gembira dengan famili saya..

Thursday, December 10, 2009

...Lalallla...

keinginan...
sape yang xde keinginan?
semua orang mesti ada at least 1 keinginan
tp kadang-kadang (or shall i say selalu???)
kita memang xpunya pilihan
nak atau x
kita kena lalui hidup kita
and lupakan keinginan kita tu
dan teruskan kehidupan kita...
teruskan melangkah
dan tinggalkan keinginan kita tu kat belakang (kalau boleh la)
kalau x
kita simpan je dalam hati
dan sampai satu tahap tu
kita xsedar pun yang sebenarnya
kita ni menyeksa jiwa kita
perasaan kita
dan hati kita
dengan terus-terusan menggenggam erat keinginan kita tu

hey come on la kucingred
u need to move on
kadang-kadang melupakan itu lebih baik dari terus seksa jiwa dan perasaan sendiri
k
move on
lupakan saja keinginan tu
sebab DIA lebih tahu apa yang diaturkan untuk kamu
so
cheer up and move on....

Monday, December 7, 2009

no idea at all

mmmmmmm

hari sabtu lepas pergi nilai...
kitorang berlatih untuk sukan intervarsiti..
semuanya macam biasa je..
aku ada gak test main bola tampar
huhuhu..
dah lama tak main...
tapi yang penting enjoy je main..
tak mau la main sukan
tapi hati and jiwa stress
coz orang bersukan nak hilangkan stress

cam biasa la...
balik tu kaki sakit..
plus luka sebab jatuh kat court
tangan lebam
sebab cara main bola tampar tak betul
kepala sakit and pening
sebab kena bola keranjang yang hadi baling (sorry hadi kerana mempublisitikan nama anda di sini)

parents datang..
bawak kasut and tudung (adakah ini hadiah hari lahir?)
balik ke glenview
dapat hadiah dari zara
sangat comel
soft toy yang berwarna merah- warna kegemaran..
thanks zara for the present!!
(sebenarnya tak ingat pun pernah mintak kat zara hadiah ni dulu...thanks a lot sbb igt permintaan saya!!!)
then..
dapat bear yang besar dari dak2 umah- B16-03
hoho..
thanx kawan2...
ianya sangat comel dan aku sangat gembira....
malam tu,
tidur dengan gembira bersama 2 roomate baru...hehehehehe

harini- isnin
dapat diary dari nus..
thanx nus
i'm lovin' it
sangat chommel

kat sini nak ucapkan bebanyak terima kasih kpd semua atas ingatan and pemberian...
thanx gak for the chocolates and kinder bueno.
thanks roomate belanja kfc
thanx for the wishes
thanx for everything!!!

love u all!!!!

Friday, December 4, 2009

action speaks louder than words

........................

it's true
certainly it is true
action speaks louder than words
non-verbal communication is always honest (unless you are a cheater)

it is true that we are hurt by words easily
but, actions hurt us even more (especially when words and action are contradict)

yes....
it's hurt
and it's hurt a lot
yes...
major...

you can forget words that is spoken (that made you sad/mad)
but
you usually cannot forget what they did (that made you sad/mad)

seriously.......
action speaks louder than words

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

alina (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar baru kat sebuah sekolah di ibu kota. kat sekolah baru alina berkenalan dengan rakan-rakan seusia.maka dari budak kelas dia sendiri sampailah budak kelas lain, semua pun dia berkenalan.tahun pertama kat sekolah baru, tak de la alina ni kenal sangat dengan semua orang.bila masuk tahun kedua, alina pun dah mula kenal semua orang dengan lebih rapat lagi.tahun tu cikgu pun nak pilih la macam perwakilan pelajar dalam kalangan budak-budak seusia alina.ramai kawan-kawan yang anggap alina akan jadi salah seorang yang terpilih untuk perwakilan pelajar tu atas sebab-sebab yang mereka saja yang tahu.cikgu pun macam bagi kebenaran untuk salah seorang kawan alina yang bernama ahmad (juga bukan nama sebenar) untuk tentukan sapa yang boleh jadi perwakilan pelajar. (masa tu cikgu macam bagi senarai pendek nama siapa yang layak dan terpilih untuk jadi ahli perwakilan tu la.tapi, at the same time macam ahmad tu la yang sebenarnya bagi approval untuk orang tu terpilih)
dipendekkan cerita,alina tak terpilih.tapi...ada dia kisah?ada dia peduli?mesti la tak.sebab dia rasa macam ramai lagi kawan-kawan dia yang layak and lebih bagus dari dia.
tapi,orang kata benda yang benar ni mesti akan reveal jugak satu hari nanti and tu lah apa yang berlaku.satu hari,masa alina keluar dengan kawan dia aminah (bukan nama sebenar gak) aminah pun bagitau yang sorang kawan diorang, siti (mesti la bukan nama sebenar gak) bagitahu kat aminah yang ahmad jumpa siti and dia menyatakan rasa bersalah pada alina sebab dia keluarkan nama alina dari senarai perwakilan pelajar and gantikan dengan nama orang lain sebab ahmad tak suka alina.alina masa tau benda tu perasaan dia bercampur baur.dia tak marah, dia tak geram.tapi dia nak tahu, apa yang dia dah buat sampai ahmad begitu benci kat dia...apa salah dia kat ahmad sampai ahmad sanggup buat macam tu kat dia.padahal seingat alina,dia tu bercakap ngan ahmad tu pun boleh bilang dengan jari kaki ayam.alina tak puas hati...
ahmad pulak, cuba berbaik-baik dengan alina.tapi,logik la kan.alina mesti la hangin ngan ahmad tu.(ye la ko.orang benci ko sampai tara tu kat ko tanpa menyatakan kenapa dia benci kat ko.mesti la ko rasa hangin kan?)
sampai satu tahap.alina memang mempunyai tahap inkuiri yang tinggi,dia pun mesej ahmad.ahmad pun serious nak tahu sapa yang mesej dia. (besa la tu,semua orang pun macam tu kan?) pastu alina pun balas dengan menyatakan bahawa kalau ahmad nak tau dia siapa,sila jawab satu soalan.ahmad pun ok je la kan.(kate pun semangat inkuiri yang tinggi.then alina jawab dengan satu pertanyaan "kenapa awak benci sangat dekat alina?"
mesti la ahmad terkezut tapir kan? and ahmad balas "mana ada benci"
sampai sekarang,korang rasa alina maafkan ahmad tak?
haha..don't worry.dia maafkan cuma.....melupakan??tidak sesekali....
betul...
alina kata "kalau orang tu bgtahu yg dia benci kita(of course la with reason), at least kita tahu dia buat perkara tu sbb dia benci kita....tp kalau orang tu tak ckp and dia buat sesuatu yg menunjukkan dia benci.seriously it's hurt sbb kita tak tahu and tak kan pernah dpt tahu apa yg mnyebabkan dia benci kita"
sejauh mana kebenaran kata2 alina?
fikir-fikirlah ye....

Thursday, December 3, 2009

iDoLa KeCiL

idola kecil...
best gak rancangan ni...
aku suka gak tengok...
rasa seronok tengok budak-budak nyanyi..
and ada gak rasa kagum dgr kemerduan suara budak2 ni..

antara peserta yang aku suka
ain- coz aku rasa dia ni ada gaya yg t'sendiri n she is very cute n rock!!!!!
tasha- voice dia mmg superb...mantap giler
jiha- suara mmg sedap and dia mmg best
azzam- sgt sweet n suara dia memang best..(sgt teruja masa dia nyanyi lagu matahariku)
sape ek dak laki cina tu? (sorry sgt..mmg lupe giler nama dia) tp serius kagum... walaupun xfasih berbahasa melayu..tp time nyanyi mmg sedap giler...

ok...
till then
ja~

Tuesday, December 1, 2009

sekadar contengan

ya Allah...

malam itu seperti biasa
bertemankan bulan dan bintang
ditemani gelap yang pekat
angin pula bertiup lembut
mendamaikan hati yang sentiasa resah

malam itu masih lagi seperti biasa
KLCC masih di situ
KL Tower berdiri di sana
bangunan yang terlihat masih begitu
sekadar menenangkan jiwa yang kacau

ya Rabbi

hati ini sering resah
jiwa ini selalu gundah
diri ini sentiasa gelisah

ya Allah

terkadang aku keliru
yang mana dusta
yang mana fakta

acap benar aku tersilap
mana yang baik
mana pula yang tidak

sering pula aku menyangka
yang khilaf itu benar
yang salah itu biasa

ya Allah

tunjukkan aku jalan yang benar

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mungkin aku rasa camni sebab kadang-kadang aku pun xpaham kenapa aku kat sini....
kenapa aku kat sini??
kenapa????
kenapa???????????
mengapa?????????????????????????????????????????


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ya Allah,
jadikan aku sebagai hambaMu yang tahu bersyukur

ya Allah,
andai saja aku xdapat nak suka apa jua yang ada@berlaku,
pintaku,
janganlah aku benci perkara tersebut seandainya ianya perkara yang baik
dan
jauhkan aku dari perkara itu seandainya ianya suatu yang Kau benci dan murkai

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku yang.....