Showing posts with label akue. Show all posts
Showing posts with label akue. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

saya masih lagi takut

dentist or doktor gigi

bila cakap pasal doktor gigi, sakit gigi ni memang kebanyakan orang akan rasa takut
i would not blame them for feel such thing sebab saya sendiri setelah hampir 3 tahun berada dalam bidang ni masih lagi takut akan dentist
tak tahu kenapa, mengapa, bagaimana
tapi membayangkan diri sendiri berada di atas dental chair dengan mulut yang terbuka tu saja dah buat saya rasa berdebar
and if i were to imagine the pain, of course the anxiety become greater

entahlah..
as far as i could remember, i never had a bad experience in dental care during childhood
but the anxiety of seeing dentist is quite bad..huhu
saya pun tak tahu macam mana
even if i go to dental clinic untuk temankan my mum or brother, still rasa macam nak pecah jantung sebab sangat berdebar

i have several filled teeth which the procedures was painless (as far as i remember la kan)
a root canal treated tooth which already been extracted
tapi nak katanya even dah banyak kali jumpa dentist
dah banyak kali buat treatment (which are painless)
still i cannot hold myself from the anxiety

huhu...
am i going to be scared towards my own self?

Allah, buangkanlah ketakutan itu dari hati hamba...

idea(s) anyone?

Thursday, October 7, 2010

i need to write

i have a very severe toothache
and it makes me feel like to go berserk
seriously,
it is not a pleasant thing to be experienced to

this pain is way too unbearable compared to previous pain
medication to be taken
antibiotic to be finished

classes to be attended
wire to be bended
exams to be think of
make the pain even worse

having the pain radiating to the ear, head and even eye
makes me feel like crying
and now
difficulties in opening mouth

the pain are not explainable
i only can say that it even worse than period pain

ya Allah,
tolonglah saya
final exam is just around the corner

tsk..tsk..tsk...

Sunday, February 28, 2010

bukankah itu yang terbaik buat kamu???

aku hanya manusia biasa
tak lepas dari dosa

dari sudut dosa banyak pulak kategorinya..
yang memang selalu adalah
mengata
complain
marah

puncanya satu
aku kurang sabar

ye
sabar
sabar
sabar
sabar
sabar
sabar

itu yang kurang
sebab tu aku tak henti-henti lakukan benda yang sama

aku tak sabar bila ada orang buat aku sakit hati
aku marah
jadi aku mengata orang tu
aku complain itu dan ini tentang dia
padahal
aku ni obviously not a good friend
lepas dah luahkan sakit hati tu aku pun kata 'sabar je lah'
tapi tu bukan sabar....
buktinya ada di situ

complain....
yes..
i keep up complaining every single thing that happen..
y?
sbb aku tak sabar
complain cavity prep susah la, nak wat rct leceh la, nak wat denture payah la
keep on complaining

kadang-kadang aku kesian kat diri aku sendiri
sebab aku macam hidup ni untuk complain je
hello..
hidup ni untuk beramal ok
bukan untuk complain all the way

walaupun aku memang xde la minat sangat ngan course yang aku amik ni
bukan ke aku patut bersabar???
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku
jadi kenapa aku perlu complain???
complain
complain
complain
complain
bukan dapat ubah apa-apa
bukan ke lebih baik aku berdoa
moga DIA ikhlaskan hati aku
moga DIA tuntun diri aku
dari complain terus-terusan
xde faedah langsung

dari aku hanya segumpal darah
jadi seketul daging
lalu diciptakan tulang
kemudian ditiupkan roh
lahir pulak ke dunia
masuk tadika
sekolah rendah
sekolah menengah
sekarang kat universiti
bukankah DIA yang merancang semuanya untuk aku??
bukankah DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku??
bukankah DIA menjadikan ini semua bukan sia-sia??
jadi aku hanya perlu sedikit sabar...
ikhlas dan redha datang bersama sabar itu...

bukankah itu yang terbaik buat kamu, kucingred???

Thursday, December 31, 2009

2009

....................

1 perjalanan yang panjang and jauh dah diredah

banyak suka,duka,gembira,derita yang dah dilalui sepanjang tahun ni

tahun ni banyak aktiviti luar yang dijalankan bersama
2x road show
2x community service
2x sukan intervarsity dental
c-fest

ada gak sukan minggu orientasi
c-fest
family day
akasia seni and sambutan maal hijrah

okay
selain daripada tu
banyak gak exam yang ada sepanjang tahun 2009 ni
3x exam midsem
1x exam final
and 1x exam pro

ada banyak perkara yang mengundang airmata sepanjang 2009 ni
contohnya
dapat result yang x elok=gagal
kena marah dalam lab operative technique

ada juga banyak perkara yang gembira seperti
semua lulus exam pro and naik tahun 2
gi rumah dr faizah dan makan2 di sana

dan banyak lagi

kadang2 bila dikenang balik
ada yang buat panas hati
ada yang buat senyum sampai telinga
ada yang buat rasa malu

tapi
apapun
semua tu ada hikmah

yang pasti
saya sangat gembira ditemani semua yang ada di sini

rasa macam sekejap je tahun ni
tapi banyak sangat perkara yang berlaku

Alhamdulillah
terima kasih Allah kerana berikan saya tahun yang indah...

Saturday, December 19, 2009

tulang itik..

hallo

pernah x dgr simpulan bahasa melayu yg berbunyi tulang itik?
ya..
tulang itik yg saya tulis sbg tajuk bg entri ni..

saya terfikir nak cari maksud simpulan bahasa ni sbb masa mama saya amek saya dari hostel (glenview villa) mama sedang membebel kpd saya (sbb saya pny tangan sakit- jatuh or kne bola time maen futsal) n my mom said "dah taw awak tu tulang itik, jgn la maen lasak2 sgt"
n i said "tulang itik???ape tu..xpenah dgr pun"

jadi...
tulang itik ni sebenarnya bermaksud orang yg xkuat bekerja
(eh ye ke?)
ke sebenarnya dia nak kata org yg xkuat buat kerja berat?
xkisah la ape pun
tp tu la yang mama kata kat saya

mungkin la mama kata gitu sbb
-sekali tu jatuh tangga n then patah kaki :(((
-sakit kaki (yg sgt kritikal) sbb langkah lopak air kt tempat boling :((((
-latihan futsal utk intervarsiti jatuh n sakit kaki (time ni main kat padang tepi masjid) :((
-kt uitm time intervarsiti jatuh n sakit tgn kanan (naseb baek la awak kidal sbb isnin tu exam titas) :(
-latest ni sbb sakit tgn tu la (mmm da la tgn kiri) T-T

pape pun saya rasa saya ni bukan la tulang itik ke apa ke
maybe it just that i'm not that lucky to fall mase maen tu
or maybe jgk ni kifarah dr Allah utk hapuskan dosa2 saya yg banyak tu....

apapun,
saya bersyukur masih lagi diberi peluang untuk rasa apakah itu sakit...

da~

Monday, December 14, 2009

hei..better think la

hoi
use ur brain la
on what purpose ko ade otak kalu ko xmo gune

woi
use ur mind la weh
what the fish ko ade akal tapi wat keje s if u dont have one

oiiiiii
use ur heart la
do empathy to others la weh

i'm not dat good
neither being understanding
but at least i think (haha i guess la)

but do i care?
obviously i am always d black sheep
bukan cam ko
konon cam bagus
bajet cam alim
walhal.....

kalu tol mmg bagus cam pe yg org len kate tu
buktikan la
xpayah bajet bagus konon tau seme benda
jgn la perasan alim sampai pndg org lain cam jahat

woi..
better think la
dont make others hate u

aku yg mmg jahat n mulut yang sentiasa xde insurans

Sunday, December 13, 2009

.............................................................................................................................................................

aduhai..
hati ni,
DIA saja yang tahu
sakitnya
deritanya

aduhai..
jiwa ni,
DIA saja yang faham
resahnya
gundahnya

aduhai..
minda ni
DIA saja yang mengerti
kusutnya
serabutnya

...........................................................................................................................................................

ya ALLAH
hati ni makin tenat
tolonglah..
T-T

tenat ni.......

haha
baek jangan baca
(ececeh..perasan giler ade orang yang bace blog dia)

ehem
aku mengalami satu perasaan yang xleh nak diluahkan dengan kata2

hati rasa panas menggelegak
tangan n kaki rasa ringan je nak tampar n sepak (lagi2 hari jumaat haritu baru je main futsal n bola tampar)
mulut ni rasa laju je nak cursing

kalau ikut hati n perasaan aku yang memang mendidih ni,
kalau ikut mulut aku yang sememangnya jahat xberinsurans ni
kalau ikut tangan aku yang sememangnya rasa ringan je nak menampo sesuatu
and kalau ikut kaki aku yang laju je nak menyepak ni
memang aku dah buat dah semua tu

rasa aku cam nak tarik2 je rambut dia
rasa cam nak mencarut-carut+maki2 je
rasa cam nak tampar n sepak2 muka dia
rasa macam nak gigit badan dia sampai berdarah-darah
nasib baik la bapak dia yang bayar zakat fitrah
kalau x...
dah lama dah aku buat semua tu
(psiko kan aku?)

ni la dia padah geram yang terlalu amatlah sangat
tenat giler perasaan aku ni
xnak tengok muka mu itu
xnak dengar suara mu itu
sebab aku sakit hati
sakit jiwa
sakit raga
sakit mental

aku BENCI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 10, 2009

...Lalallla...

keinginan...
sape yang xde keinginan?
semua orang mesti ada at least 1 keinginan
tp kadang-kadang (or shall i say selalu???)
kita memang xpunya pilihan
nak atau x
kita kena lalui hidup kita
and lupakan keinginan kita tu
dan teruskan kehidupan kita...
teruskan melangkah
dan tinggalkan keinginan kita tu kat belakang (kalau boleh la)
kalau x
kita simpan je dalam hati
dan sampai satu tahap tu
kita xsedar pun yang sebenarnya
kita ni menyeksa jiwa kita
perasaan kita
dan hati kita
dengan terus-terusan menggenggam erat keinginan kita tu

hey come on la kucingred
u need to move on
kadang-kadang melupakan itu lebih baik dari terus seksa jiwa dan perasaan sendiri
k
move on
lupakan saja keinginan tu
sebab DIA lebih tahu apa yang diaturkan untuk kamu
so
cheer up and move on....

Monday, December 7, 2009

no idea at all

mmmmmmm

hari sabtu lepas pergi nilai...
kitorang berlatih untuk sukan intervarsiti..
semuanya macam biasa je..
aku ada gak test main bola tampar
huhuhu..
dah lama tak main...
tapi yang penting enjoy je main..
tak mau la main sukan
tapi hati and jiwa stress
coz orang bersukan nak hilangkan stress

cam biasa la...
balik tu kaki sakit..
plus luka sebab jatuh kat court
tangan lebam
sebab cara main bola tampar tak betul
kepala sakit and pening
sebab kena bola keranjang yang hadi baling (sorry hadi kerana mempublisitikan nama anda di sini)

parents datang..
bawak kasut and tudung (adakah ini hadiah hari lahir?)
balik ke glenview
dapat hadiah dari zara
sangat comel
soft toy yang berwarna merah- warna kegemaran..
thanks zara for the present!!
(sebenarnya tak ingat pun pernah mintak kat zara hadiah ni dulu...thanks a lot sbb igt permintaan saya!!!)
then..
dapat bear yang besar dari dak2 umah- B16-03
hoho..
thanx kawan2...
ianya sangat comel dan aku sangat gembira....
malam tu,
tidur dengan gembira bersama 2 roomate baru...hehehehehe

harini- isnin
dapat diary dari nus..
thanx nus
i'm lovin' it
sangat chommel

kat sini nak ucapkan bebanyak terima kasih kpd semua atas ingatan and pemberian...
thanx gak for the chocolates and kinder bueno.
thanks roomate belanja kfc
thanx for the wishes
thanx for everything!!!

love u all!!!!

Friday, December 4, 2009

action speaks louder than words

........................

it's true
certainly it is true
action speaks louder than words
non-verbal communication is always honest (unless you are a cheater)

it is true that we are hurt by words easily
but, actions hurt us even more (especially when words and action are contradict)

yes....
it's hurt
and it's hurt a lot
yes...
major...

you can forget words that is spoken (that made you sad/mad)
but
you usually cannot forget what they did (that made you sad/mad)

seriously.......
action speaks louder than words

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

alina (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar baru kat sebuah sekolah di ibu kota. kat sekolah baru alina berkenalan dengan rakan-rakan seusia.maka dari budak kelas dia sendiri sampailah budak kelas lain, semua pun dia berkenalan.tahun pertama kat sekolah baru, tak de la alina ni kenal sangat dengan semua orang.bila masuk tahun kedua, alina pun dah mula kenal semua orang dengan lebih rapat lagi.tahun tu cikgu pun nak pilih la macam perwakilan pelajar dalam kalangan budak-budak seusia alina.ramai kawan-kawan yang anggap alina akan jadi salah seorang yang terpilih untuk perwakilan pelajar tu atas sebab-sebab yang mereka saja yang tahu.cikgu pun macam bagi kebenaran untuk salah seorang kawan alina yang bernama ahmad (juga bukan nama sebenar) untuk tentukan sapa yang boleh jadi perwakilan pelajar. (masa tu cikgu macam bagi senarai pendek nama siapa yang layak dan terpilih untuk jadi ahli perwakilan tu la.tapi, at the same time macam ahmad tu la yang sebenarnya bagi approval untuk orang tu terpilih)
dipendekkan cerita,alina tak terpilih.tapi...ada dia kisah?ada dia peduli?mesti la tak.sebab dia rasa macam ramai lagi kawan-kawan dia yang layak and lebih bagus dari dia.
tapi,orang kata benda yang benar ni mesti akan reveal jugak satu hari nanti and tu lah apa yang berlaku.satu hari,masa alina keluar dengan kawan dia aminah (bukan nama sebenar gak) aminah pun bagitau yang sorang kawan diorang, siti (mesti la bukan nama sebenar gak) bagitahu kat aminah yang ahmad jumpa siti and dia menyatakan rasa bersalah pada alina sebab dia keluarkan nama alina dari senarai perwakilan pelajar and gantikan dengan nama orang lain sebab ahmad tak suka alina.alina masa tau benda tu perasaan dia bercampur baur.dia tak marah, dia tak geram.tapi dia nak tahu, apa yang dia dah buat sampai ahmad begitu benci kat dia...apa salah dia kat ahmad sampai ahmad sanggup buat macam tu kat dia.padahal seingat alina,dia tu bercakap ngan ahmad tu pun boleh bilang dengan jari kaki ayam.alina tak puas hati...
ahmad pulak, cuba berbaik-baik dengan alina.tapi,logik la kan.alina mesti la hangin ngan ahmad tu.(ye la ko.orang benci ko sampai tara tu kat ko tanpa menyatakan kenapa dia benci kat ko.mesti la ko rasa hangin kan?)
sampai satu tahap.alina memang mempunyai tahap inkuiri yang tinggi,dia pun mesej ahmad.ahmad pun serious nak tahu sapa yang mesej dia. (besa la tu,semua orang pun macam tu kan?) pastu alina pun balas dengan menyatakan bahawa kalau ahmad nak tau dia siapa,sila jawab satu soalan.ahmad pun ok je la kan.(kate pun semangat inkuiri yang tinggi.then alina jawab dengan satu pertanyaan "kenapa awak benci sangat dekat alina?"
mesti la ahmad terkezut tapir kan? and ahmad balas "mana ada benci"
sampai sekarang,korang rasa alina maafkan ahmad tak?
haha..don't worry.dia maafkan cuma.....melupakan??tidak sesekali....
betul...
alina kata "kalau orang tu bgtahu yg dia benci kita(of course la with reason), at least kita tahu dia buat perkara tu sbb dia benci kita....tp kalau orang tu tak ckp and dia buat sesuatu yg menunjukkan dia benci.seriously it's hurt sbb kita tak tahu and tak kan pernah dpt tahu apa yg mnyebabkan dia benci kita"
sejauh mana kebenaran kata2 alina?
fikir-fikirlah ye....

Tuesday, December 1, 2009

sekadar contengan

ya Allah...

malam itu seperti biasa
bertemankan bulan dan bintang
ditemani gelap yang pekat
angin pula bertiup lembut
mendamaikan hati yang sentiasa resah

malam itu masih lagi seperti biasa
KLCC masih di situ
KL Tower berdiri di sana
bangunan yang terlihat masih begitu
sekadar menenangkan jiwa yang kacau

ya Rabbi

hati ini sering resah
jiwa ini selalu gundah
diri ini sentiasa gelisah

ya Allah

terkadang aku keliru
yang mana dusta
yang mana fakta

acap benar aku tersilap
mana yang baik
mana pula yang tidak

sering pula aku menyangka
yang khilaf itu benar
yang salah itu biasa

ya Allah

tunjukkan aku jalan yang benar

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mungkin aku rasa camni sebab kadang-kadang aku pun xpaham kenapa aku kat sini....
kenapa aku kat sini??
kenapa????
kenapa???????????
mengapa?????????????????????????????????????????


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ya Allah,
jadikan aku sebagai hambaMu yang tahu bersyukur

ya Allah,
andai saja aku xdapat nak suka apa jua yang ada@berlaku,
pintaku,
janganlah aku benci perkara tersebut seandainya ianya perkara yang baik
dan
jauhkan aku dari perkara itu seandainya ianya suatu yang Kau benci dan murkai

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku yang.....

Sunday, November 29, 2009

being different

ahhhhhh.....

being different...

it just sometimes quite interesting
when others think this way
but you think it the other way round...

being differ from others....

it also feels nice- sometimes
because everyone care about you
everybody want to know about you...

being different....

it is quite lucky actually
it just because you are different
different are just amazing sometimes....

but,
being differ from others is also hard
it is so hard till no words can describe it

being different is also pain
too much pain
until you cry, silently
and no one even noticed that you are in pain

just because you are different
they thought you are strong
they thought you can cope with it
they thought you are everything that they thought

but actually,
you are not that strong
sometimes you also cannot cope with certain issue
and absolutely you are not what they thought you are

you just a normal person
normal human being
normal homo sapiens
but it just you are a bit differ from others

being different is like cancer
it's killing you softly, slowly
and you even didn't realize that it is killing you
till it is giving you pain
till it is hard to cure
till it is critical
then you will realize it

being different is hard when others condemn you for what you think
it is also difficult when others force you to follow their rules
it is pain when they hurt you as they think that you are tough enough to bear it

it is hard
it is difficult
and it is pain

it makes you feel like you wanted to be someone else
someone that is just like others
without any difference
coz it end up you with no difficulties
no hardship and pain to endure
no sorrows and dejection
and you just can be yourself

being different is sometimes killing yourself
as well as it's killing your loved one
because they just cannot get through you
and the reason is you are being differ from others

being different doesn't mean you are tough enough
it doesn't mean you are happy enough
it doesn't indicate that you are facing gayness in your daily life
it doesn't mean that you are lucky enough

you,
as well as them
you need everything that they need
but they tend to think that you aren't need it
it's just simply because
you are being differ from others.....

Friday, November 27, 2009

3hari kuliah minggu ini

isnin, 23 nov 09

happy birthday to me!!

getting older
maksudnya makin dekat dgn kematian

ya Allah,
ampunkan segala dosa hamba

bila dikenang-kenang
terlalu sikit amalan sepanjang kehidupan aku atas muka bumi ni
banyak lalai and dosa yang aku lakukan

ya Allah...
moga-moga,
terampun segala dosa
terhapus segala khilaf hamba

buat semua,
terima kasih atas ingatan
hazmi,nisa,amy,qystina,syifak,sarah,nus,mama,pg,azim and haziq...thanks for the message..
juga buat nadia,che pah,kak ain,munie,zahrah,kak didi,kak pura,nysah,nurin,kak ya,aish,bah,farhah,zakiah,hana,najwa,mah,kak nisreen and leme....thanks for the wishes...

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

selasa, 24 nov 09

birthday qystina...
apa yang nak dikongsi?
ada lab microb...
then, pergi jusco dengan amy and nysah
(thanx for the treat,nysah!)

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

rabu, 25 nov 09

5hours menghadap optech memang penat...
buat border moulding xjadi
amek secondary impression banyak kali
aku memang fed-up

seriously,
optech memang bunuh mood aku nak balik cuti
aku memang dah bosan dengan optech

aku bosan
aku malas
ak bengang

bila teringat optech je aku jadi berdebar
jadi tension
jadi stress

tu baru teringat...
bila masuk lab lagi la menggila
aku rasa cam nak baling-baling je aku punya 'artwork' yang xjadi tu
rasa cam nak campak-campak je model gigi tu (frasaco ke study model ke)
sebab aku geram sangat
aku tension gile ngan optech
aku fed-up
aku rasa aku buang masa aku kat situ

(tengok la, aku pun tengah menggila ni..asal teringat je rasa cam sewel)


enuff merepek pasal optech (kalau nak cerita sakit hati+geram+fed-up aku kat optech ni mungkin sampai aku dah grad kot-tu pun kalau aku dah ok time tu dengan optech ni)

pastu
aku pun balik makan kuayteow (betul ke eja dia ni?) goreng basah {yang aku order tanpa bawang goreng tp ternyata orang kedai tu mungkin xkenal bawang goreng tu ape} menambahkan lagi hot di hati ku ini....
arggggggghhhhh aku memang naek hantu hari tu...
akhirnya, kewujudan air warna hijau yang sejuk itu meredakan sakit hati aku pada hari tersebut.....

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

khamis, 26 nov 09

bermalas-malasan sambil menanti mama call...
xsabar nak balik rumah...
serious rasa sengsara teringat optech...
geram tiap kali teringat optech....
akhirnya kul 3lebih mama call suruh bersiap coz mama on da way nak ke glenview dari kuala pilah (umah atok and wan)
dalam pukul 5lebih mama pun sampai...
bubbye glenview....
boleh la 'lupakan' sekejap optech tu (ye la sangat...)

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

jumaat, 27 nov 09

happy birthday kak ain!!!
salam aidiladha juga buat semua....

tahun ni merupakan tahun ke-3 menyambut aidiladha sbg budak u
masih lagi teringat waktu tamhidi
miss afzan suruh tulis esei yang bertajuk "my sacrifice" sempena raya korban
ohhhhh.....
masih lagi aku ingat apa yang aku tulis masa tu....

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

buat semua,
selamat menyambut aidiladha


apa yang sanggup anda korbankan dalam kehidupan anda?

aku yang resah

S.e.C.r.E.t

secret...

rahsia...

ya Allah,
beratnya....
aku letih..
tak berdaya

rahsia itu,
sakitnya terasa
diluah sengsara
disimpan derita

ya Allah...

rahsia itu,
terasa bebannya
disimpan pedih
diluah sedih

Allah,

rahsia itu,
berat sungguh dipikul
diluah mengguris
disimpan terguris

ya Allah

rahsia itu,
terlalulah perit
disimpan terluka
diluah meluka

ya Rabbi

rahsia itu,
benar-benar membunuh
meluah menyakiti
menyimpan menyakitkan

ya Allah,
ya Rabbi...

sampai bila harus rahsia itu ku simpan?
sampai bila harus aku derita?
sampai bila perlu aku sengsara?
SAMPAI BILA?????????

sampai bila lagi ya ALLAH?
sampai bila????

Friday, November 20, 2009

kita tak mengerti...

ellow....

kita tak mengerti mengapa mereka sesuka hati menganggap sesuatu perkara itu mudah
sedangkan mereka tidak pernah berjinak atau terlibat dengan perkara tersebut.

kita juga tak mengerti mengapa mereka sewenang-wenangnya beranggapan bahawa kita tidak berhadapan dengan kesukaran
sedangkan mereka tidak mengetahui langsung hakikat yang kita lalui

sedapnya mulut mereka berkata yang mereka kononnya tahu semua yang berkaitan dengan kita, lantas menyebabkan kita tidak mengerti mengapa mereka masih lagi memandang kita sebelah mata

kita masih tidak mengerti mengapa mereka masih memandang kita begitu
sedangkan tingkah kita dan mereka tiada beza

kita juga masih tidak mengerti mengapa mereka mempunyai tanggapan begitu kepada kita
sedangkan bezanya hanya pada nama

kita tidak mengerti...

kata orang,
ada apa pada nama?
kata kita nama membezakan segala-galanya
kerana
mereka yang membuat kita fikir begitu

kerana itu,
kita masih tidak mengerti...
lagi..
lagi..
dan lagi...
kita masih lagi tidak mengerti....

R.E.C.O.V.E.R.....

Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Illahi
dengan rahmat serta limpah kurnia-Nya
i recover

thank you, ALLAH...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

wednesday

optech sentiasa penuh dengan dugaan yang betul-betul menguji kesabaran dan ketabahan rakan-rakan and diri i sendiri..
bagi sesetengah kawan-kawan i, i memang kagum sebab diorang memang sangat cekal dan tabah...
malangnya, i tak lah setabah diorang..
frankly speaking..i memang tak kuat..
after special tray i yang pertama patah and kena buat yang baru i ok lagi
bila i kena redo border moulding and secondary impression buat kali yang ke-2 dan 3 i ok lagi
tapi bila dah letih,otak pun penat..
i jadi serabut..
bila dah serabut mula lah jadi cam sengal
i wat border moulding xtahu berapa kali and xjadi
i was so stress at that time
rasa cam hopeless giler..
i tak tahu nak cakap camne..
bila penat, otak serabut, kerja xmenjadi
emosi pun terganggu
and as i was too emotional at that time,
i cried..
i cried over border moulding yang tak jadi...
skang ni i feel so stupid for crying at that time
tapi masa tu i memang tension gile
(can u guys imagine while i'm still stuck there,still heard orang lain kecoh-kecoh konon dia lambat buat sumer tu compared to orang lain...come on la babe,i ni pun stress gak..tapi wat je la kerja sendiri..just let others..diorang wat kerja cepat benefit untuk diorang and we as friends should be happy for them)
then special tray patah
and dr.azlan tolong buatkan yang baru,
yang lebih kukuh, yang lebih tebal (thanks a lot dr!)
then border moulding again
argggggghhhhh!!!!
i'm so sick...
i even cannot look that horrible green creature...
i was so tense and i was like what the fish this stuff is created in the first place...huhuhu
and that day ended with very horrible border moulding things...
malam tu i tidur awal..
hoping that the next day i can finish my work (hopefully)

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

thursday

i had a nightmare
about the green creature
huhuhu..
i was like very shock
palpitation,tachycardia etc
ya ALLAH
that dream was horrible
but the great thing was i feel better
recover from the sadness
Alhamdulillah
and i went to plaster room as usual to finish my work
tapi,
ada saja yang xkena
border moulding xlekat la
tgn melecur sebab kena green stick la
tp....
xpe la..
xde rezeki lagi i nak lepas kot
apepun i dah try yang terbaek...
letih optech tak hilang lagi
malam kena turun
maen futsal..
huhuhuhu
debar...
da lama tak bersukan (bukan dah lama xmain futsal ye)
mampus la i
mesti pancit punya la
patutnya 2nd year aish,nisah,hana,nurin and i gi untuk pemilihan...
tapi,
just aish,nisah and i je yang turun
hana tak dapat turun sebab kaki dia sakit
nurin pulak....i pun xtahu (kena tanya beliau sendiri la)
ramai gak yang turun untuk pemilihan tu (3rd yr 7org,1st yr4org and kitorg bertiga dr 2nd yr)
nak cari 8org pemain je
huhu maleh la i nak maen
tp xpe..
demi fpg tersayang,
i pun main je
i rase i main memang disaster gile...
banyak sebab...
antaranya adalah
1.i memang takut bola...haisyyy
2.i xla terdedah sangat ngan sukan sepak-sepak bola ni (abang and adik-adik lelaki i sumer xmain bola sepak...abang and adik i yang last maen basket and adik i yang sorang lagi maen bola baling,basket and tinju-tinju ni sukan ke?)

akhirnya dapat juga bermain (walaupun main cam sengal,tapi at least kitorang enjoy)

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

jumaat

again with optech
macam biasa kena redo banyak kali
tapi kali ni i rasa ok
sebab i rasa kita kena fikir positif
xpe la kena redo pun
yang penting i belajar dari kesilapan i
i akan cuba yang terbaik dalam optech
mungkin i antara yang terlambat
tp xpe
as long as i mencuba,
i belum gagal..
i yakin,
satu hari nanti
i juga dengan gembiranya akan buat beading and boxing
so,
sekarang ni
i kena enjoy that nicey-cutie green stick
and that ZnO (E).........................

recovery phase of me

Tuesday, November 17, 2009

aku hampir terlupa

ya Allah
aku hampir terlupa yang esok SPM 2009 akan bermula
luckily azizan sent me a message

my dearest bro,
do your best!!!
insyaAllah
selagi mana kita berusaha,
Allah pasti mendengar doa kita

during my time
it also wednesday
15 of nov 2006
the first paper was arabic
i was crying like a mad (i don't know to compared myself to who or what)
or shall i say that i was crying like a baby????
what ever lahhhh...
tp yang penting i was crying
and that is the most stupid event that occur in my entire life

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

today is just the same
but something happen
syifak asked me to play netball
(omg..i left that thing for ages..camner ni???toin..toin...)
tapi rasanye leh arr kot kalau setakat nak maen suka-suka
(kalau nak menang,memang xboleh la...i just play for fun)

aish pulak datang bilek
tanya pasal futsal
siapa kata futsal untuk lelaki? (huhu pengaruh iklan)
ntah la...
tapi,
aku dengan nurin bagi je nama..
ok la
kami bersetuju nak pergi pada hari pemilihan...

mama bagi ke aku nak main ni?
dah la the other day baru je complain kat mama kaki aku yang patah dulu sakit balik....
huhu
main curik-curik la...
(sorry mama...maafkan anakmu ini)
kaki yang patah ni xsangka la pulak jadi sensitive maut....

alamak...
lupa la...sport shoes ada kat umah....
camner ni????
adoiyai..
ni yang maleh ni...
mana pulak nak cari kasut ni...

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

for all SPM candidates year 2009
especially my dearest Mohammad Nur Azizan

GOOD LUCK and ALL THE BEST!!!
straight 1A

amin

with love,
ur one and only sis

Monday, November 16, 2009

NaUsEa...

harini lepas balek dari ampang point aku terus merebahkan diri atas katil
atas satu alasan, satu asbab
iaitu...
nausea

huhuhu
aku tak tahu kenapa, mengapa and bagaimana aku boleh jadi begini
yang pasti seriously
ianya amat derita

setelah wat sedikit kajian tempatan (huhuhu~)
aku rasa perasaan nausea ni berpunca dari sejenis makanan yang mesra pengguna
sejenis makanan yang kita panggil megi (belasah je..asal mi segera je orang pakat bubuh megi)
aku dengan gembira dan jayanya makan megi pada sabtu lepas
mungkinkah itu punca aku nausea?

tapi,
roomate ku yang tersayang pulak mengandaikan bahawa kemungkinan nausea ini berpunca dari pulut yang kami makan bersama pengat pisang...
mungkinkah ini puncanya?

ada jugak antara rakanku yang menyatakan aku nausea sebab bau banyak sangat perfume kat body shop..huhuhuhu

hmmmmmm
sejujurnya aku pun tak tahu la apa yang menyebabkan aku nausea
tapi yang pasti memang tak sanggup

sedikit nota kaki
-bukannya aku tak biasa makan megi
-suka jugak makan pulut tapi ni kali pertama makan pulut dengan pengat
-selalu gak gi jalan kat body shop 'berkenalan' dengan perfume kat sana

tapi,
apapun puncanya
hopefully esok ok la
(lagipun tadi dah makan ubat..insyaAllah ok la esok)

aku yang gettin' better- Alhamdulillah

Sunday, November 15, 2009

kenapa i allergy

h.O.l.L.a

harini i nak cerita kenapa i allergy dengan subjek SEJARAH

perkara ni bermula masa i form 4
masa awal tahun
baru je dapat result pmr time tu

i pun gi la jumpa cikgu-cikgu yang pernah ajar i masa i menengah rendah dulu
(ye la...ucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar mereka kat i)
and tak ketinggalan,
i pun jumpa gak la cikgu sejarah i (walaupun i malu sebab i dapat B untuk sejarah..tp ni adab ngan guru kan?)
and i pun mintak sorry gak kat cikgu tu sebab i tak dapat A
and cikgu tu pun senyum sambil pandang kat i
and dia pun dengan selamba dotnyer and tanpa rasa bersalah kata kat i
"kalau dah takde keberkatan tu, memang la tak boleh dapat A"
i pun tersentak la...
i senyum je kat cikgu tu..
tapi,
dalam hati i "what the fish cikgu ni..suka hati abah dia je nak tak berkat kat orang"
and i, of course la hangin sebody ngan cikgu ni
mana taknya..
dia boleh kata i tak dapat A sebab dia tak berkat ngan i
ni dah kes berat ni..

i pun dengan tak puas hatinya cuba la mencari kebenaran (muahahahahaha)
and orang kata, sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua (ada kaitan ke? huhuhuhu)
i pun dapat taw la (dari sumber yang boleh dipercayai)
rupa-rupanya adalah sorang kawan i ni dengki kat i (i pun tak taw la apa kejadahnya dia dengki kat i)
and kawan i ni rapat la dengan cikgu i ni
dia pun kata la kat cikgu tu bla..bla..bla (tentang apa yang i fikir/rase tentang subjek sejarah and cikgu tersebut - walhal i tak pernah pun wat perkara tu)
and yang menyebabkan i bertambah hangin,
cikgu tu boleh plak nak pergi percaya benda tu tanpa usul periksa (what the fisherman's friend..)
and kawan i tu pun pernah kata yang dia hope i fail subjek sejarah dalam pmr (taw la i tak terror and dia tu lak star sejarah)

tapi,
Alhamdulillah...
i dapat B
and dia pun dapat B jugak (muahahahahahaha-gelak syaitan)
and bila i taw yang cikgu tu tak berkat kat i
i pun kata tanpa berfikir 2 kali apatah lagi 3,4 mahupun 5 kali
"aku harap,anak dalam perut ko tu lagi bongok sejarah daripada aku"
(what a very rude student-lagipun i ni memang terkenal dengan mulut yang takder insurans nyawa ni)
nasib la kan
saper suruh perangai camtu...

i pun tak paham la dengan cecikgu zaman sekarang ni
i rasa boleh bilang ngan jari kaki je (hyperbola tul) berapa ramai yang betul-betul ikhlas
yang lain tu i rasa just wat keja sebab nak dapat duit gaji bulan-bulan (sigh)

wat cikgu sejarah i
i memang tak pueh hati tahap dewa maut la
dah la bukan i pun yang suruh anda jadi cikgu i
yang nak jadi cikgu tu diri anda sendiri
so, jangan la sesuka hati nak membenci/tak memberkati student anda

wat kawan i yang sengal tu
apa kejadah and apa la pekdah ko wat gitu kat orang
last-last,
ko pun sama-sama tak berjaya dapat A
kan padan ngan muka ko (i tak kisah pun sebab i memang tak terror sejarah)

impact yang i dapat daripada peristiwa ni
i memang sangat allergy kat sejarah (thanx to my teacher)
and i hypersensitive kat makhluk Allah bernama **ila/**ilah (thanx to you my friend)
and 1 lagi..
i allergy ngan students yang suke mengendeng dengan cikgu (especially coz lecturer selalunya berfikiran jauh)

moral of the story
kalu nak benci kat orang lain tu
benci sensorang da arrr
tak payah nak libatkan orang laen (terutama guru-guru or lecturers or jrs or srs)
biar orang lain tu membenci orang tersebut naturally (macam i benci kat kawan i yang kat atas tadi tu- takde pengaruh rakan yang lain..it occurs naturally..... muahahahahahahaha-gelak raja syaitan)
and
buat orang yang mendengar tu
siasat la
kang tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa
(buat cikgu berkenaan, i da lama maafkan cikgu sebab i tahu,cikgu takkan mintak maaf kat i..tapi i hope cikgu fikir jauh cket la laen kali)
i rasa yang jadi mangsa dalam hal ni mestilah anak cikgu (sebab i dah ucapkan perkara yang tadi tu-cian kat budak tu..huhuhu-blame your mummy dearie)

i bukan nak kondem cikgu i
cuma i just nak luahkan apa yang dah lama i pendamkan
btw, orang pernah kata
it's easy to forgive
but it's really hard to forget...

till now
i hate history
FULL STOP

i yang allergy