Thursday, September 9, 2010

terperangkap

dia adalah dia yang aku kenal
fizikalnya tidak berubah dan andai berubah mungkin tidak begitu ketara
dia adalah dia yang ku kenal

tapi manusia
terkadang makin lama kenal
makin kita tidak mengenali mereka

aku tak pernah rasa dia adalah rumit
tak pernah juga aku rasa dia pelik
tapi makin mengenali dirinya
aku jadi keliru
keliru dengan sikapnya

sejujurnya secara peribadi
aku rasa mungkin ramai yang tertarik dengannya
(mungkin ke??)
kerana kelembutan tutur bicara
kerana menjaga perilakunya
mungkin segalanya tentang dirinya
but this was during my first years of knowing her

manusia
bila dia rasa dia baik
dia berubah
yup, she changes
or perhaps she didn't change
it's just me that realize things after some time

pada aku dia terperangkap
terperangkap dalam dunia sendiri
sehingga menidakkan realiti

she said satu klausa
klausa yang paling aku benci
waima sekiranya klausa itu dituturkan oleh orang yang paling aku sayang
kenapa perlu menuturkan sesuatu yang mengundang kebencian
mungkin kamu baik dan aku tidak
mungkin kamu manis dak aku tidak
tapi sekurangnya aku tidak berusaha menjadi hipokrit!

kerana dia baik
mulutnya melabel orang
kerana dia baik
dia membezakan kawan-kawannya
kerana dia baik
dia merasakan dirinya disenangi semua
ingat
kita hidup bukan menongkat langit..

mungkin salah saya membencinya
mungkin silap saya membencinya
jadi saya minta maaf

pergi jauh-jauh supaya benci ini surut
atau sekadar berkubur di sini


selamat hari raya
maaf atas salah silap
halalkan makan minum

moga bertemu ramadhan seterusnya

No comments:

Post a Comment