Sunday, September 5, 2010

sekadar coretan- no offence k

salam 'alaik

hai kamu
beryukurlah kerana telah tertulis yang kamu dilahirkan dari keturunan yang baik
maka
janganlah kamu menjatuhkan maruah kamu dengan perkara-perkara yang keji

hai kamu
bersyukurlah kerana telah termaktub yang kamu dikelilingi oleh keluarga yang baik
sungguhpun iman itu tidak boleh diwarisi
sekurangnya kamu masih punya seseorang untuk terus memperingatkan kamu tentang keagunganNya

hai kamu
sangat bertuah kamu kerana sentiasa dikelilingi mereka-mereka yang kenal dan cinta akan Tuhannya
yang mendedahkan kamu dengan keindahan agama
yang membawamu menuju redhaNya

tetapi kamu
kerana kamu begitu
mengertilah mereka yang bukan
yang perlu bimbingan
bukan penghinaan

kerana kamu begitu
jangan beranggapan semua senasib denganmu
ingat
tak semua manusia di dunia ini cukup bertuah untuk memiliki sebuah keluarga yang benar-benar faham akan agamaNya

kerana kamu itu baik
tidak pernah tertulis hak kamu untuk menghina golongan yang jahil
kerana kamu itu baik
tidak pernah kamu memiliki hak untuk menghukum mereka yang lain

mereka sepatutnya dibimbing
diajar dan diperingatkan tentang kebesaran Tuhan
bukan ditengking, diherdik apatah lagi dihina kerana kejahilan

------------------------------------------------------------------------------------------------

semoga Allah matikan saya, kamu, dia dan mereka dalam keimanan dan semoga kita semua peroleh redhaNya untuk ke syurga

amiin...

No comments:

Post a Comment