Monday, April 16, 2012

something

Alhamdulillah ya Allah
kedinginan malam ni lepas hujan yang agak lebat tadi telah membasuh dan mendinginkan hati kecil hamba

entah kenapa bila kita ada satu persepsi yang baik pada seseorang
kita akan sentiasa dilukakan oleh orang itu
mungkin saja Allah nak sedarkan kita
bahawa manusia itu fitrahnya tidak sempurna
yang baik itu hari ini
saat ini
siapa tahu kan
hari esok
sejurus selepas ini
ketidak-sempurnaannya terlihat

mungkin juga kita sendiri yang salah
kebaikan dia dianggap sebagai kesempurnaan
menyebabkan bila ada yang cela
dianggap mencabuli keharmonian

hati..
oh hati...
betul ikhlas itu susah
bagai mencari seekor semut yang hitam di atas batu hitam di malam yang gelita
tapi usahalah
insyaAllah
punya ketenangan

setiap orang ada prinsip
ada kesukaan
ada kebencian
mungkin ada sesetengah orang memang suka menggunakan barang orang lain tanpa meminta izin dan dengan senangnya menganggap barang kita adalah barang dia
jadi kita kena terima kesukaan dia dengan cara yang baik
bukankah berlapang dada itu lebih baik
ada juga orang yang tidak suka membayar hutang
jadi terima juga ketidak-sukaan dia dengan cara yang baik
berlapang dada
semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke syurga

ya Allah
terima kasih atas kalamMu yang indah
yang mendamai jiwa di waktu duka
menambah ceria di kala suka
moga hati yang berkarat ini kembali bersih



thank you and sorry
:)





No comments:

Post a Comment