Tuesday, October 22, 2013

Hanya kerana requirement

Seriously
Terkadang rasa terkedu menghadap folder pesakit-pesakit
Sebab kita nak yang terbaik untuk mereka
Kita harap kita boleh beri yang terbaik pada mereka
Kita nak buat apa yang terdaya untuk mereka

But guess what
Bila dapat pesakit refer
Kadang-kadang rasa sedih
Rasa marah, kecewa, geram
Dengan semua

Pesakit yang baik dan punya potensi
Tidak diberi informasi yang berguna
Pesakit yang tidak tahu dan tidak faham
Tidak dididik dan diterangkan

Speechless

Kamu menjadi manusia robot yang sombong
Kononnya siapkan requirement itu
Masalah utama tidak selesai
Katanya berilmu, ucapnya minat
Tapi yang terlihat cuma penipuan
Penuh kepura-puraan

Kecewa

Kami tak punya masa selamanya untuk membetulkan apa yang salah
Kita tahu siapa diri kita
Sebagai manusia kita pun lemah
Kenapa tergamak kamu buat begitu pada kita?
Pada kami?
Pada mereka?
Tidak takutkah kamu dipersoal tentang amanah?
Tidak gentarkah kamu ditanya tentang tanggungjawab?

Hanya kerana yang namanya requirement...



No comments:

Post a Comment