Tuesday, February 3, 2015

...moment...

Pagi-pagi Isnin sudah disapa dengan berita kurang baik. Pesakit kita surgical sudah issue DIL. Ahli keluarga sudah dimaklumkan dan diminta menurunkan tanda tangan untuk NAR. Dapat pula mesej 'kucingred, minta tolong clerk patient'.

Di ward berkaitan..
Tak sempat membuka mulut untuk bertanya, apatah lagi periksa, telihat sang isteri. Matanya sembap, merah. Wajahnya sayu. Terlihat BP pesakit agak terlalu rendah, teringat kisah pesakit sebulan yang lalu. Allah, peliharalah mereka.
Sang isteri menyapa. 'Adik, suami akak dah tak bagi respond. Doktor cakap kita tunggu masa je'. Matanya berkaca. Mataku juga berkaca. Sayu. Aku cuba memahami. Yang didepannya insan yang dikasihi, terlantar. Sang isteri menyambung 'bukan apa dik, benda jadi tiba-tiba. Akak tak tahu nak kata apa'. Suaranya terhenti, tiada kata yang terkeluar dari bibirnya lagi. Aku melihat. 'Ada harapan ke untuk suami akak dik?'. Kelu
Laporan x-ray sudah dibaca. Input dari surgical juga sudah dibaca. Dari ilmu perubatan manusia yang serba cetek, harapan itu tipis. Tapi nyawa manusia itu Allah jua yang pegang. Yang terbaik ketika itu hanyalah kata nasihat bercampur semangat.
'Kak, ilmu manusia terbatas. Apa yang doktor cakap berdasarkan ilmu semata. Tapi Allah yang tentukan ajal manusia. Pernah pesakit yang dikata tiada harapan tapi Alhamdulillah sembuh, sihat kembali. Sebagai manusia, kita minta pada Allah. Berdoa sebab Allah yang lebih tahu segalanya. Apapun kak, yakin dan percaya, apa yang berlaku nanti, itulah yang terbaik untuk suami akak. Sama ada suami akak sembuh atau dia pergi, insyaAllah itu yang terbaik. Akak banyakkan sabar ya'. Itu saja yang mampu aku katakan. Mungkin tidak cukup untuk meredakan hati gundah sang isteri. Tapi aku berharap, dia punya kekuatan untuk hadapi dugaan ini.

Petang tadi, telefon berbunyi. Ada mesej 'kucingred, patient kita dah pass away. Pukul 11 lebih semalam'.
Innalillah wa innailaihi rajiun
Ya Allah ampunkan dosa dia dan berikan kekuatan kepada keluarganya.

Moga sang isteri dan anak-anak tabah.
Kak, saya minta maaf kalau kami tak dapat bagi yang terbaik untuk akak sekeluarga..


No comments:

Post a Comment