Memandangkan sekarang ni aku tengah posting hospital. Maka haruslah ada bermula kisah hidup sebagai pegawai atas panggilan aka oncall. Kat tempat kerja aku, oncall kat sini adalah secara aktif. Which means kita kena tidur kat hospital untuk standby case. So, the first time kena oncall adalah hari Jumaat malam Sabtu. Total 15jam call dari pukul 5ptg sampai 8pagi esoknya.
Nak jadi cerita, minggu tersebut adalah sangat hectic. Aku kena duti ward dengan another senior officer. Dengan ada kes OT tiba-tiba kena cancel after anaesth review patient. Tiba-tiba dapat urgent case MOS distoangular impaction. Literally that week was very hectic.
Hari Jumaat pun tiba. Tiba-tiba pagi tu one DSA datang and bagitahu. 'Dr saya tak ada harini, takde orang nak buat active clinic'. I was looking at my partner, dalam hati cakap 'please, ask oncall officer take over'. Later diorang decide, one ward officer doing ward, another one will take over active clinic. Masa tu aku dah rasa mcm nak nangis dah. Aku pun buatlah active pagi tu.
Petang
Rupanya kes ward pagi tadi tak settle lagi. Memandangkan partner adalah senior, dia kena buat medical report. Jadi indirectly, akulah yang kena buat patient yang tak selesai lagi. Okay, fine. I was already so tired, memang penat gila. Tengok notes patient, for extraction of 36,37,38 with limited mouth opening. Imagine nak cabut gigi posterior with limited mouth opening dengan gigi 38 impacted, then suturing done. Selesai kes patient around 4.15pm. Then check notes patient. Pelik, peri medical tak datang review patient pun. Kan semalam dah refer case. Bincang dengan specialist, aku pun call operator minta sambung dengan medical. Operator cakap, peri team sampai pukul 4 je. 4pm onwards kena spoken to oncall officer.
Team medical
Okay la. Oncall pun oncall. Hati sebenarnya masih trauma dengan kes oncall officer semalam dan Rabu lepas. Ternyata, dugaan tak meleset. Memang penuh sinis jawapan dari medical. Dengan sinisnya manusia itu berkata 'you kenapa tak tanya dengan peri team.. bla.. bla.. bla.. I ada banyak kes nak kena attend. I nak u cakap dengan peri team in charge Dr A (obviously bukan nama sebenar)'. Belum sempat aku nak cakap apa, gagang di sebelah sana dihempas kuat. Speechless... Ini ke manusia yang berpegang pada oath untuk selamatkan pesakit? Seriously, I doubt it.
Aku penat, kena pula cercaan. Rasa tak berdaya. Malam ni oncall. Masa tu memang dah rasa give up. Jumpa dengan senior, cakap yang aku dah kena marah. Rasa sedih. Tapi kena juga call the peri officer. Minta operator sambungkan ke peri officer incharge, Dr A. Manusia ini pun sama saja. Dengan heartless dia cakap 'I tak dapat passover kes ni. Patutnya you all kena ingatkan kitorang untuk tengok patient you all. So sekarang ni ikut je treatment plan yang ada. I nak balik'. Mujur Allah bagi sisa kesabaran dalam hati. Letak je telefon, semua orang cakap, 'kucingred... you ni baik sangat. Sebab tu diorang buli you'. I am so exhausted to even say a word. Aku penat, aku letih. Aku just cakap diorang suruh je ikut treatment plan tu. Nanti esok diorang datang review patient (itu pun kalau diorang ingat dan rasa bertanggungjawab nak passover case la kot). Rasa sedih, penat, tak larat dan stress sebab baru pertama kali nak oncall. Aku pun nak ambil beg, nak pergi ward round. Dah seminggu menanggung stress. At last, tak tertahan. Pergi dekat 2 orang student DSA and aku menangis. I was so stress. Medical people are so mean. Literally everyone shocked sebab tengok aku menangis. Mana taknya. Medical suruh order segala tok nenek blood test, culture sputum, urine test and it's Friday. Aku mana reti nak ambil arterial blood. Memang rasa give up sangat. Lastly, senior cakap ambil blood esok, kebetulan dia oncall. So, dia cakap tak payah stress.
Malam
Menangis menyebabkan aku penat. Tapi tak dapat nak tidur sebab takut bila tidur tak terbangun. Ye la, bayangkan, seminggu tanpa tidur yang berkualiti. Hari-hari datang awal dan balik lambat. Memang penat. Nasib baik 2 student DSA yang baik hati temankan aku oncall. Kitorang layan cerita je la malam tu. Mungkin sebab banyak dugaan, Allah permudahkan. It was an uneventful call. Ada sekali je hospital call, itu pun sebab salah call. Terima kasih kawan-kawan temankan aku malam tu. Esok pagi je ada kerja sikit, datang untuk minta consent patients paed untuk operation.
Ada masa memang rasa breakdown. Tapi, kawan-kawan sekeliling banyak bagi support directly or indirectly. The day call on the week after I have been so jonah sampai tak sempat pergi toilet pun. Apapun ni semua untuk mematangkan diri. There is quite a number of ED officers that are very nice. Thanks for the memories
No comments:
Post a Comment