Sunday, June 21, 2015

Ramadhan...

Alhamdulillah, syukur. Allah bagi lagi peluang untuk bertemu Ramadhan. Moga ada rezeki untuk bertemu Ramadhan seterusnya, insyaAllah.

Kali pertama, Ramadhan berjauhan dari keluarga. Sebenarnya, seakan Ramadhan bersendirian. Sebelum ni, paling kejauhan pun duduk di asrama dan paling tidak bersama teman. Tapi Ramadhan kali ini di kejauhan dan seolah bersendirian. Sahur sendiri, berbuka sendiri. Sendiri masak, sendiri hidang, sendiri makan, sendiri kemas. Haha... Dengar macam sedih, tapi Allah maha Baik... Saat kita rasa kita tak berdaya, Allah hadirkan juga kekuatan. Alhamdulillah, ini semua mematangkan, insyaAllah.

Terbaca di FB, lebih kurang begini tertulis.. Mungkin Ramadhan kali ini merupakan turning point untuk seseorang.. InsyaAllah... Berharap agar Ramadhan kali ini dapat mendidik diri dan jiwa..

Moga Allah permudah segala urusan. Moga diberi kekuatan. Moga bertemu Ramadhan tahun depan. Moga Allah beri yang terbaik...


Salam Ramadhan...


Saturday, June 20, 2015

Dejection




Adulthood
It's time when you think of someone else's happiness that you forget your own




I have always been a person that being happy upon other people's happiness
But this just sometimes......



Sometimes, sorry alone is just not enough..
Indeed, I was hurt by the same thing that you did..
You are the one who hurt me in the first place and why you are the one whom acting like I was hurting you so much.
If you don't want this relationship anymore, just spill it out rather than hurting yourselves


It's okay.. Daijoubu


I'm not mad
I'm just sad


Never thought a friend would end up things like this
It hurts so much that I forget



Sunday, June 14, 2015

My favourite tafseer



Tak ingat sudah bila aku beli tafsir ni. Beli atas saranan ustaz kelas hafazan. Kata ustaz, quran resm uthmani lebih mudah. Dari segi tanda bacaan dan hukum. Beli tafsir, warna kegemaran..

Allah, melihat tafsir ni aku cukup rindu. Rindu kelas hafazan, rindu ustaz dengan kata nasihat yang tak pernah putus dari bibirnya, rindu kawan-kawan. Aku rindu dengan suara alunan ayatNya dari kawan-kawan sekalian... Allah, rindu sungguh..

Moga terpelihara semuanya




P/s: terkadang kebenaran itu menyakitkan sebab ia proses mematangkan


Tuesday, June 9, 2015

random kindness


Aku terburu-buru lepas balik kerja. Berkejar ke pasar. Ehem.. Sejujurnya aku tak pasti pasar kat sini tutup pukul berapa. Yang pasti, Alhamdulillah.. Allah permudah urusan aku yang cuba nak menyelesaikan segala request dari orang semenanjung.

Dua hari sebelum tu, aku dah pergi pasar. Misi mencari amplang. Tapi nampak gaya, cuti sekolah ni betul-betul dah menghabiskan semua stok buah tangan di seluruh pulau. Ok.. daim takde stok, ferrero rocher takde stok, amplang pun stok ala-ala hidup segan, mati tak mahu. Tambah bila sabtu adalah public holiday, stok indak masuk pulau bah.

Aku pun dengan terburu-buru (sebab baru beli choc yang baru restock- konon takut coklat cair) melilau la dalam pasar dengan misi mencari amplang sotong. Jalan, merayau, melilau memang tak nampak kelibat amplang sotong ni. So, jangan buang masa.. aku pun pergi ke setiap kedai yang jual amplang tanya.. amplang sotong setengah kilo ada?

Ada seorang brader ni, peniaga amplang juga, nampak la aku yang terkulat-kulat berkulat cari amplang ni, tanya "cari apa dik?" Aku pun cakap "amplang sotong ada ka?" "Yang sotong tiada, ada yang ikan sama udang saja tu" Aku pun minta izin nak pergi cari di kedai lain dan Alhamdulillah, rezekinya jumpa la dengan en amplang sotong.

Dah beli, bayar and nak balik, lalu la depan kedai brader tadi. I really can see, smell and sense keikhlasan di hati dia bila dia tanya, "adik dapat jumpa ka amplang sotong tu?" I smiled and noded "ada di kedai depan sana tu, terima kasih"

Sometimes this small act of kindness just bring you into smile whole day long. Alhamdulillah, thank you Allah for sending me these people that keep on reminding me on the things that we need to be grateful and to keep on spreading happiness to others. Who knows, your little act of kindness touches someone's heart and the chain of kindness will continue to grow bigger and stronger.. Who knows....





Sunday, June 7, 2015

sedikit coretan aku 2

Kurang adab
Bukan sekali, bukan dua kali. Terlalu banyak yang datang sangat sedikit adabnya. Terkadang rasa.. Kesabaran amat menipis bila individu-individu begini datang. Pernah seorang pesakit, datang ke klinik. Kita baru sahaja ingin buka mulut dan tanya apa yang dapat dibantu dan dia, bagai dirasuk. Marah-marah, tak tahu hujung pangkal. Aku menghela nafas. Tarik nafas dalam-dalam dan senyum seraya berkata, "puan, kalau ada orang datang rumah tak dijemput dan tiba-tiba dia datang marah-marah suka tak?" Dia terus cool down. Kemudian aku cakap lagi "saya tak jemput puan datang ke sini, tapi bila saya nak tolong, sila cakap baik-baik. Kami di sini manusia juga." Entahlah. Aku juga pernah mendapatkan perkhidmatan kesihatan di premis kerajaan. Memang kena tunggu lama. Tapi, kenapa nak marah-marah staff di situ. Ada mata kan, kau tengok saja pesakit yang ada tu berapa ramai. Tiba-tiba, kau rasa macam VIP, perlu layanan istimewa. Sudahlah bayaran minima, apa lagi yang tak cukup?

Next point, membuat keputusan


Saturday, June 6, 2015

 Terketuk

Terpukul

Terdiam

Terpaku

Terpana



Allah yusahhil....



Friday, June 5, 2015

sedikit coretan aku


Kebelakangan ni, agak bising, kecoh, huru-hara berita di laman sosial tentang kes-kes yang melibatkan healthcare personnel dan individu-individu di luar sana yang mengecam hebat tindak-tanduk healthcare personnel di mana-mana healthcare facilities terutama milik kerajaan. Aku rasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang beberapa pengalaman yang selalu membuatkan aku berfikir panjang dan keliru tentang individu sekeliling sepanjang aku berkhidmat di beberapa government facilities sebagai healthcare personnel.

Aduan tak berasas
Penempatan pertama telah banyak mengajar aku erti manusia memang tidak pernah puas dan bersyukur. Ada seorang pesakit, En A yang merupakan seorang government servant. Kami berikan dia tarikh temujanji dan dia tidak hadir. Tahu-tahu saja setelah menyepi, dia membuat panggilan telefon ke klinik dan MENDESAK kami untuk memberi tarikh temujanji baru Isnin minggu depan. Temujanji saya penuh, tapi atas dasar perikemanusiaan dan kasihan, saya setuju dan saya berikan dia temujanji jam 8.00pg. Sampai hari yang dijanjikan, dia tidak datang pada jam 8.00. Dia hanya tiba di klinik jam 9.00++. Saya pada ketika itu sedang merawat pesakit lain dan dia terpaksa tunggu. Seandainya saya betul-betul bertegas, saya akan suruh dia balik sebab dia dah terlepas waktu temujanji tapi sekali lagi, atas dasar perikemanusiaan dan kasihan, saya suruh dia menunggu dan saya akan beri rawatan. Tiba-tiba, kecoh di ruang menunggu. Pesakit saya yang seorang ni bising di kaunter. Katanya staff tidak mahu buat rawatan, melengahkan masa, bahkan dia terus membuat aduan tentang saya. Sedangkan dia hanya menunggu tidak sampai 15minit dan dia yang tidak mengikut waktu temujanji yang kita telah tetapkan. Saya terkedu. Kebaikan kami langsung tak ada apa erti di mata dia. Padahal, dia yang mendesak kami untuk menerima kes dia setelah dia tidak hadir pada tarikh temujanji asal.

Next point, kurang adab


Thursday, June 4, 2015

tentang hati dan jiwa


Terkadang.. aku pun tak tahu apa yang aku mahu
Aku tak tahu apa yang aku perlu
Aku tak tahu apa yang aku rasa
Mungkin ini punca
Mereka terkadang lupa.. aku juga manusia
Punya perasaan, punya rasa


Akhirnya... simpan dan telan sendiri

Allah jua yang maha mengerti


Ya Allah,
Kau mudahkan, jangan Kau susahkan
Dan berilah kesudahan yang sempurna bagi setiap permulaan..

Amin......




Monday, June 1, 2015

i just don't know

Ya Allah,
Apa sebenarnya yang aku rasa ni?
Apa sebenarnya perasaan ni?

Is this feeling wrong?
Does this thing drive me away from You?

Betul ke apa yang aku rasa?
Betul ke ni apa yang aku nak?

Allahu.....
This thing is so difficult


Ya Allah,
Please.. bring me closer to something that I need rather than something that I want
Because You know better

Permudahkanlah jalan ini
Permudahkan segalanya
Perkenankan segalanya


Hanya Kau yang tahu segala rahsia di langit dan di bumi
Maka permudahkanlah, jangan Kau susahkan
Dan akhirilah segalanya dengan kesudahan yang sempurna...


Amin..........