Friday, June 5, 2015
sedikit coretan aku
Kebelakangan ni, agak bising, kecoh, huru-hara berita di laman sosial tentang kes-kes yang melibatkan healthcare personnel dan individu-individu di luar sana yang mengecam hebat tindak-tanduk healthcare personnel di mana-mana healthcare facilities terutama milik kerajaan. Aku rasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang beberapa pengalaman yang selalu membuatkan aku berfikir panjang dan keliru tentang individu sekeliling sepanjang aku berkhidmat di beberapa government facilities sebagai healthcare personnel.
Aduan tak berasas
Penempatan pertama telah banyak mengajar aku erti manusia memang tidak pernah puas dan bersyukur. Ada seorang pesakit, En A yang merupakan seorang government servant. Kami berikan dia tarikh temujanji dan dia tidak hadir. Tahu-tahu saja setelah menyepi, dia membuat panggilan telefon ke klinik dan MENDESAK kami untuk memberi tarikh temujanji baru Isnin minggu depan. Temujanji saya penuh, tapi atas dasar perikemanusiaan dan kasihan, saya setuju dan saya berikan dia temujanji jam 8.00pg. Sampai hari yang dijanjikan, dia tidak datang pada jam 8.00. Dia hanya tiba di klinik jam 9.00++. Saya pada ketika itu sedang merawat pesakit lain dan dia terpaksa tunggu. Seandainya saya betul-betul bertegas, saya akan suruh dia balik sebab dia dah terlepas waktu temujanji tapi sekali lagi, atas dasar perikemanusiaan dan kasihan, saya suruh dia menunggu dan saya akan beri rawatan. Tiba-tiba, kecoh di ruang menunggu. Pesakit saya yang seorang ni bising di kaunter. Katanya staff tidak mahu buat rawatan, melengahkan masa, bahkan dia terus membuat aduan tentang saya. Sedangkan dia hanya menunggu tidak sampai 15minit dan dia yang tidak mengikut waktu temujanji yang kita telah tetapkan. Saya terkedu. Kebaikan kami langsung tak ada apa erti di mata dia. Padahal, dia yang mendesak kami untuk menerima kes dia setelah dia tidak hadir pada tarikh temujanji asal.
Next point, kurang adab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment