Tuesday, June 9, 2015

random kindness


Aku terburu-buru lepas balik kerja. Berkejar ke pasar. Ehem.. Sejujurnya aku tak pasti pasar kat sini tutup pukul berapa. Yang pasti, Alhamdulillah.. Allah permudah urusan aku yang cuba nak menyelesaikan segala request dari orang semenanjung.

Dua hari sebelum tu, aku dah pergi pasar. Misi mencari amplang. Tapi nampak gaya, cuti sekolah ni betul-betul dah menghabiskan semua stok buah tangan di seluruh pulau. Ok.. daim takde stok, ferrero rocher takde stok, amplang pun stok ala-ala hidup segan, mati tak mahu. Tambah bila sabtu adalah public holiday, stok indak masuk pulau bah.

Aku pun dengan terburu-buru (sebab baru beli choc yang baru restock- konon takut coklat cair) melilau la dalam pasar dengan misi mencari amplang sotong. Jalan, merayau, melilau memang tak nampak kelibat amplang sotong ni. So, jangan buang masa.. aku pun pergi ke setiap kedai yang jual amplang tanya.. amplang sotong setengah kilo ada?

Ada seorang brader ni, peniaga amplang juga, nampak la aku yang terkulat-kulat berkulat cari amplang ni, tanya "cari apa dik?" Aku pun cakap "amplang sotong ada ka?" "Yang sotong tiada, ada yang ikan sama udang saja tu" Aku pun minta izin nak pergi cari di kedai lain dan Alhamdulillah, rezekinya jumpa la dengan en amplang sotong.

Dah beli, bayar and nak balik, lalu la depan kedai brader tadi. I really can see, smell and sense keikhlasan di hati dia bila dia tanya, "adik dapat jumpa ka amplang sotong tu?" I smiled and noded "ada di kedai depan sana tu, terima kasih"

Sometimes this small act of kindness just bring you into smile whole day long. Alhamdulillah, thank you Allah for sending me these people that keep on reminding me on the things that we need to be grateful and to keep on spreading happiness to others. Who knows, your little act of kindness touches someone's heart and the chain of kindness will continue to grow bigger and stronger.. Who knows....





No comments:

Post a Comment