Kurang adab
Bukan sekali, bukan dua kali. Terlalu banyak yang datang sangat sedikit adabnya. Terkadang rasa.. Kesabaran amat menipis bila individu-individu begini datang. Pernah seorang pesakit, datang ke klinik. Kita baru sahaja ingin buka mulut dan tanya apa yang dapat dibantu dan dia, bagai dirasuk. Marah-marah, tak tahu hujung pangkal. Aku menghela nafas. Tarik nafas dalam-dalam dan senyum seraya berkata, "puan, kalau ada orang datang rumah tak dijemput dan tiba-tiba dia datang marah-marah suka tak?" Dia terus cool down. Kemudian aku cakap lagi "saya tak jemput puan datang ke sini, tapi bila saya nak tolong, sila cakap baik-baik. Kami di sini manusia juga." Entahlah. Aku juga pernah mendapatkan perkhidmatan kesihatan di premis kerajaan. Memang kena tunggu lama. Tapi, kenapa nak marah-marah staff di situ. Ada mata kan, kau tengok saja pesakit yang ada tu berapa ramai. Tiba-tiba, kau rasa macam VIP, perlu layanan istimewa. Sudahlah bayaran minima, apa lagi yang tak cukup?
Next point, membuat keputusan
No comments:
Post a Comment