Thursday, June 30, 2011

chance



nobody's perfect
people make mistakes
and these are reasons why we need chances

chances to prove that we are trying hard to fix things after we ruined it
chances to prove that we deserve better than what we are right now
chances to be better
chances to change







Tuesday, June 28, 2011

something to write

Alhamdulillah
setelah lama confuse dengan tarikh naik cuti
seorang rakan dari fakulti dah pun upload jadual clinic ke facebook
maka, kami perlulah pulang ke ampang kira-kira seminggu sebelum menyambut ramadhan kareem

okay..
marilah berkongsi jadual clinical posting di sini



Conservative Dentistry

9:00-1:00
25/7/11 (Monday)
1/8/11 (Monday)
2/8/11 (Tuesday)
8/8/11 (Monday)
9/8/11 (Tuesday)
15/8/11 (Monday)
16/8/11 (Tuesday)

2:00-5:00
25/7/11 (Monday)
26/7/11 (Tuesday)


Prosthodontics

9:00-1:00
28/7/11 (Thursday)
4/8/11 (Thursday)
10/8/11 (Wednesday)
17/8/11 (Wednesday)

2:00-5:00
27/7/11 (Wednesday)


Oral Surgery

9:00-12:00
5/8/11 (Friday)

9:00-1:00
11/8/11 (Thursday)
18/8/11 (Thursday)

2:00-5:00
28/7/11 (Thursday)


Periodontology

9:00-12:00
29/7/11 (Friday)

9:00-1:00
3/8/11 (Wednesday)

2:00-5:00
10/8/11 (Wednesday)- simulation
17/8/11 (Wednesday)- simulation


Orthodontics

9:00-1:00
27/7/11 (Wednesday)

9:00-12:00
12/8/11 (Friday) or simulation
19/8/11 (Friday) or simulation


Paediatric Dentistry

9:00-1:00
26/7/11 (Tuesday)

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah
segala puji bagi Allah
setelah sekian lama
result exam pun dah keluar kat ewadi
pertama kali
result keluar sebelum kami naik sem baru
haha
satu peningkatan dari pihak universiti :)

------------------------------------------------------------------------------------------------

dah kena mula berfikir untuk patient
dan patient
dan patient
serta requirementS





doakan kami semua :)

tq


Sunday, June 26, 2011

gigi

nampaknya gigi yang accidentally terhantuk haritu memang sangat distracting
kalau tak terfikir gigi tu gigi depan
tak tahu la apa yang dah terjadi


tooth mousse yang dah dibeli haritu telah dicuba
Alhamdulillah
dapat juga mengurangkan kesakitan... or sensitivity.. or apa saja yang kamu nak panggil benda itu


terfikir untuk cabut gigi incisor bawah yang kiranya lebih sebatang ni
tapi.. entahlah

Friday, June 24, 2011

no-title

tadi, dalam pukul 10 lebih malam (sebenarnya dah dekat pukul 11 malam kot)
ayah keluar dari bilik dan cakap
"nak pergi kerja ni"
masa tu, kitorang ingatkan ayah mamai
rupanya
ayah kena ganti tempat seorang perkerja ni sebab tok wan dia meninggal dunia
jadi ayah pun pergi la kerja..

tiba-tiba saya terfikir
insyaAllah bila saya dah grad, kerja
insyaAllah kahwin dan ada anak
ada ke masa untuk keluarga nanti?


dulu masa saya sekolah
ayah yang gosokkan baju kitorang
baju sekolah kebangsaan and sekolah agama
ada total 9 pasang baju sehari ayah gosokkan sementara mak kat dapur siapkan sarapan and bekal untuk kitorang
alasan ayah masa tu dia gosokkan baju kitorang adalah
kami hanya perlu ke sekolah untuk belajar
jadi menggosok baju dan lain-lain tu bukan kerja kami


sekarang ni pun
bila anak-anak semua dah besar
mak masih lagi bangun awal pagi
memasak
kalau mak masak seafood
mak akan masak satu set lauk lagi untuk ayah sebab ayah gout, tak boleh makan seafood
itu lauk untuk makan tengahari (which along, ayah and mak akan bawak bekal)
and mak juga akan masak untuk sarapan
dan ayah akan tolong jemur baju kat ampaian dalam pukul 8++ sebab mak keluar dari rumah biasanya 6:15


bila saya tengok semua benda yang mak dan ayah dah buat untuk kami
saya terfikir
insyaAllah bila saya dah berkeluarga nanti
boleh ke saya nak bagi komitmen yang macam tu untuk keluarga saya?
boleh ke saya nak pastikan apa yang diorang dapat nanti adalah yang terbaik?


bila saya dengar cerita kawan-kawan saya yang diorang sangat suka bila mak diorang masak sebab mak diorang sangat jarang masak kat rumah
saya terfikir
adakah saya akan jadi macam tu nanti bila saya dah berkeluarga?
bila saya dengar cerita yang mak diorang wajib letak ajinomoto dalam makanan yang dimasak kat rumah
saya terfikir
adakah saya juga akan jadi begitu?


saya takut bila saya dah grad
dah kerja
saya tiada masa untuk keluarga


dentistry first choice saya kerana parents nak saya jadi doktor
alasan saya tak nak medical sebab saya mahu life dengan family
saya harap saya akan ada life dengan family saya nanti
dan saya harap saya boleh jadi as good as my parents if not better



ya Allah
permudahkanlah urusan kami



Thursday, June 23, 2011

tiada tajuk

Alhamdulillah
bersisa cuti yang tak berapa lama lagi ni
berusaha juga menggagahkan diri untuk teruskan membuat elective
nak kata 100% suka tu memang bohong gila la
tapi at least rasanya benda yang saya buat ni not that bad la kot
tapi of course
hasilnya tak berunsur seni langsung
senget dll

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


semalam masa melepak-lepak dalam bilik
gaaaang
adoi... sakit gilo
both maxillary central incisors terhentak ke dinding
tak tahu macam mana perkara ni boleh terjadi
tapi sampai sekarang masih lagi terasa kesengalannya pada gigi
mujur juga tak terpatah gigi tu
sekarang ni memang tak boleh nak guna la gigi yang 2 ni
sakit

mmmm
direct blow to the tooth can cause banyak benda
moreover
ni bukan yang pertama

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


dream high merupakan drama korea ke-3 yang saya tengok
tak mengecewakan macam drama korea yang ke-2 saya tengok
takde lah cliche

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

sebenarnya tak tahu nak tulis apa
walaupun rasa macam nak menulis
till then



Monday, June 20, 2011

nothing

kesilapan masa lalu
sama ada menjadi sesuatu yang mematangkan
atau terus menjadi kesilapan yang berakar umbi dalam hati

betapa terkadang terlupa bahawa punya pilihan
cuma tersilap
atau sebenarnya
yang silap itu lebih mudah
lebih menjanjikan keseronokan yang sementara
sedangkan impaknya
berpanjangan dan kekal mungkin

bersyukur itu jauh lebih sukar berbanding sabar
justeru kerana tiada syukurlah
yang salah itu nampak indah
yang silap itu tampak molek

permainan dunia memang menguji
pantang diuji
ada saja yang menawarkan jalan mudah
antara terhasil 1000 penyesalan
atau bermula 1 kebiasaan
pilihan ditangan sendiri

apa pun
sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat



itulah yang terbaik untuk kita


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


DON'T CALL IT A MISTAKE
CALL IT AN EDUCATION


the choice is in our hand
we will determine whether it is a mistake
or an education











+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


i will break these chains that bind me
happiness will find me
leave the past behind me
today my life begins
-today my life begins@bruno mars-





Saturday, June 18, 2011

tanpa tajuk

i don't know how to put this thing




i know
dalam usia belia ni memang hati dan perasaan sangat susah untuk diselam and diduga
entahlah
saya pun bukanlah baik
cuma kadang-kadang rasa kecewa


***************************************************************************************


saya tiada masalah dengan orang yang bercouple
pada saya
biarlah mereka
hati dan perasaan orang siapalah stranger untuk menidakkan


tapi saya cukup tak suka
melihat gambar-gambar mereka yang seolah-olah sudah berkahwin
bukan main mesra
lagi annoying bila orang tu kawan yang kita kenal kat sekolah agama dulu
dia yang belajar di sekolah agama selama 5 tahun
lagi annoy bila orang tu kawan yang sangat baik satu masa dahulu
dia yang sampai sekarang memberi tazkirah tentang halal haram hubungan lelaki perempuan


bercouple satu hal
bertunang ni pun satu lagi hal
tolonglah
tolong sangat-sangat
bertunang bukan tiket untuk berpegangan tangan
bukan tiket untuk memaut bahu
hatta esok nak menikah pun
selagi belum lafaz
lelaki dan perempuan itu haram untuk kamu sentuh

bajet islamic
keluar berdua
belum berkahwin
gambar tunang dicanang satu dunia
kegiatan bersama dihebah-hebahkan
berbangga

**************************************************************************************


tolonglah
kalau dah tak dapat kawal sangat diri tu
kahwin saja
tak perlu mas kahwin beribu-ribu
tak payah hantaran mahal-mahal
kalau tak mampu
buat saja yang sederhana
orang nak kutuk peduli apa
duit kamu
perkahwinan kamu
menghalalkan hubungan kamu

*************************************************************************************

disclaimer: post ini langsung tiada berunsur dengki atau apa saja. saya memang tak kisah dengan sesiapa yang bercouple or bertunang as long as tiada perkara seperti yang tertulis di atas.



nota kaki: saya baru saja memulakan elective saya semalam :)


Friday, June 17, 2011

the previous weekend

aku tak tahu la kenapa lately ni aku memang sangat malas nak online
dengan handphone yang aku campak entah kemana-mana
jadi
memang tak de canlah kalau ada orang mesej or call untuk direply a.s.a.p
sama juga dengan mesej di facebook
dibiarkan begitu saja
malas....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

last week
my friends and i went to KLCC Convention Center untuk menghadiri something that we called
2nd Dental Student Congress
pasal program tu mungkin dah ada kawan-kawan yang dah cerita kat blog diorang
and some of the pictures kat facebook pun ada
so, i malas la nak tulis lagi..
it is basically the same experience sebab kitorang jalan sama-sama
but i just want to share some thought of mine after attending this program

COMMUNICATION
in this field, you have to communicate well
aku tengok some of the specialist tu memang ada banyak benda yang diorang nak kongsi
and in fact benda tu menarik gila kot
but unfortunately...
it's monotonous, not interactive.. bla..bla..bla..
equal too boring and dull presentations

MOTIVATION
in deed
hampir setiap daripada talk yang aku dengar (okay..ada sesetengah tu tak dengar pun sebab bosan gilo)
the speaker will motivate us
dan setiap dari mereka ada cara motivation yang tersendiri
and this is a good thing
bila diorang bagi motivation tu lupa sekejap pada peritnya peperiksaan
lupa pada sengsara medical subjects
lupa pada patients yang menanti
only dentists know how suffer dental students are (and of course, Allah knows better)

------------------------------------------------------------------------------------------------

satu lagi perkara yang aku dapat masa gi congress ni adalah
i get to know my seniors and juniors better
ye lah kan
selama ni rumah dengan yang sama batch je
but during the program kitorang semua duduk 1 rumah
so, tak banyak.. sikit pun jadilah untuk kenal kawan-kawan dari batch lain kat faculty ni
and adalah juga made some new friends from other universities
tapi memang sangat few kot
ciput gilo

-----------------------------------------------------------------------------------------------

okay
i need to start my elective thingy
tolonglah mengerti
mengapakah aku sangat malas???






Wednesday, June 8, 2011

memory

tak tahu kenapa
tapi kebelakangan ni saya memang ada masalah untuk tidur
dan pantang terjaga
saya tak boleh tidur semula
baru sedar
selama ni
nikmat boleh tidur pada waktu yang sepatutnya itu memang dilupakan
Alhamdulillah
Allah memberi saya ruang untuk bersyukur
Alhamdulillah ya Allah
atas nikmat yang selama ni saya dah lupa

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


tiba-tiba
dalam pada tak boleh tidur ni
banyak benda yang saya terfikir dan terkenang
tadi
tengok juvana dekat tonton
membuatkan saya berfikir
betapa bertuah kerana masih punya keluarga yang baik
perfect itu tidak
tapi sekurangnya
taklah seperti bapak botak yang mabuk bila pulang
kemudian membantai anak seperti orang gila
bersyukur kerana sedari kecil dididik dan diasuh supaya menjadi orang (walaupun terkadang terzahir juga sifat-sifat yang tak baik tu- itu masalah saya bukan masalah didikan)
sekurangnya tidaklah sampai membunuh, merompak atau....


000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000


teringat peristiwa yang berlaku semasa short case general surgery
perperiksaan itu mengingatkan saya pada viva anatomy di tahun 1 dahulu
bezanya
saya perlu berjalan bersama doktor
sesekali perlu berbual dengan pesakit
perlu meminta izin sebelum sentuh atau apa saja
sesekali dijeling ahli keluarga yang datang melawat pabila pakar meninggikan suara

ketika viva anatomy
bila ditanya doktor
tanpa segan silu memegang specimen itu
tak peduli
formalinkah..
kepalakah...
tulangkah...
otakkah...
asal boleh belek, tilik
saya puas hati


teringat juga...
sebelum viva anatomy
saya menangis sebab tak boleh jawab viva biochem
ada tangan-tangan yang membantu
terima kasih sangat
seusai viva
mata pun dah kering untuk menitiskan apa-apa

sebelum short case gs
saya menitiskan air mata (bajet dramatik)
kerana menahan tangisan
terima kasih pada tangan yang membantu
emosi betul-betul terganggu
tapi life must go on
seusai peperiksaan
berjalan ke bilik kuarantin
air mata memang tak dapat dibendung
terima kasih kepada tangan-tangan yang membantu

saya tahu
saya tahu kesilapan saya
cuma saya mohon
jangan sebut kesalahan itu sebelum saya pergi exam
saya manusia
saya ada hati dan perasaan
and my feeling does not react delay to stimulus
saya kesal dengan apa yang dah berlaku
jangan tambah kekesalan saya
dan jangan hukum saya dengan cara itu
saya tahu apa yang berlaku
it just wrong time
wrong things and wrong interpretation

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


back then in 2002
something happen
if i not mistaken
masa tu ayah datang ambil saya di sekolah untuk cuti
in the car on the way home
we had conversation

A: kakak... kamu sayang keluarga kamu?
K: sayang??? maksud ayah apa?
A: sayang.. sayang keluarga...
K: mestilah sayang
A: kalau ada apa-apa terjadi kat keluarga kamu, apa kamu rasa?
K: perkara macam mana?
A: kalau sesuatu yang buruk terjadi? andai ada ahli keluarga kamu sakit?
K: mestilah sedih.. kita kan keluarga
A: kalau ada antara ahli keluarga kamu yang kudung macam mana?
K: mmmm... mestilah sedih
A: ada benda yang dah jadi...

and i was thinking at that time
what had happen to my mum?
or
my elder brother?
or
my younger brother?
or
my youngest brother?
and
i've forgotten that
my grandparents are my family
my uncles and aunts are my family
my cousins are my family.....

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

I don't quite know
How to say
How I feel
Those three words
Are said too much
They're not enough
-chasing cars@snow patrol-







Sunday, June 5, 2011

bit by bit...

bila cuti memang lupa macam-macam...
lupa tarikh (macam la kalau kat campus tak lupa)
lupa hari
dan apa-apa saja

harini
according to hijri punya kalendar
umur saya sudah menginjak 22 years and 1 and a 1/2 month
and ikut kalendar masihi
kira-kira 21 tahun 6 bulan setengah
and menurut takwim universiti
kira-kira 4 tahun menjadi pelajar U
and mengikut takwim fakulti
kira-kira 3 tahun menjadi pelajar FPg
dan insyaAllah
masih berbaki 2 tahun lagi untuk meneruskan pengajian

4 tahun di universiti
terlalu banyak yang dah dilalui
not to mention benda-benda yang saya tak pernah terfikir nak buat
for example
buat persembahan masa MPS camelia
berdebat
berpantun
bersyair
menjadi mock patient masa module communication bhsc
berfutsal
menjadi main actress untuk pertandingan clip video

and banyak benda yang saya dah and masih belajar
dialek negeri-negeri lain
mengenali hati budi perasaan emosi orang lain
menjadi ajk untuk apa-apa saja
how to be perfect??? (ye ke??)
how to optimize the usage of my right hand (one of the toughest things that i've done in my life)


and surely
there'll be like tonnes more to be listed here




apapun
infinity thanks to all
that cherish every moment that we had
you guys rock
and sweet too


because our number is like super duper sikit
we were and still forced to do new things
it ends up by doing funny-funny things that we enjoy it so much
thank you friends



for my schoolmates
no offense k
it's not that i don't appreciate our memories back then in school
it just i did lots of new things during my university time
and most of them like were so insane



apapun thank you guys
korang semua memang terbaik dari ladang :)



sayang kamu semua....

berdikit-dikit...padahal lembap

saya sangat gumbira hari ni
guess what???
saya sudah pergi membeli kain untuk course elective saya
(kepochi gilo ekau ni kucingred...suko bona ekau..bukannyo siap laei)
still
long way to go...
benang-benangan masih belum beli
span-spanan masih belum beli
jarum-jaruman tiada (well.. i am currently dekat kampung and the internet is so slow -_-")


888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

nampaknya tonsil saya masih lagi gembira menyakitkan dirinya
tahun ni saja
as far as i remember dah 3x i took antibiotics for it (2times course of erythromycin with different dosage and a course of ciprofloxacin-mahal)
and i don't think that i can tolerate more..

3rd molar saya happy saja
but there are problems kat yang lain pulak..haish

tak tahu kenapa lately ni saya tidak boleh tidur di waktu malam sedangkan saya sangat mengantuk...





to all people out there
all the best and may Allah bless






i miss my friends

i miss my doctors

i miss my specialists

i miss my lecturers

i miss my teachers

i miss mathematics

i miss physics

i miss school

i miss tamhidi

i miss YOU!



but i don't miss a subject called sejarah








nota kayu api: mengapakah subject hubungan etnik lebih best berbanding sejarah padahal saya rasa belajar benda yang sama saja...???




Saturday, June 4, 2011

it's medicine and surgery...

just now
one of my classmates sent me a message about our next surgery and medicine posting in temerloh
it's going to be on fasting month right before we go back for our eid...

seriously
i've been forgetting all the DDx of the common presenting illness namely SOB bla..bla..bla..
especially for general surgery
the most horror thing ever (at least for me la)
it's really hard for me to list the differential Dx for surgery
the abdomen itself there's like berpuluh-puluh kot DDx

------------------------------------------------------------------------------------------------

sharing is caring..

all of sudden
i remember the time during previous professional exam
to be specific it's clinical examination for general medicine

as usual..
went to the patient
introduce ourselves
getting permission from the patient
and start taking history

for clinical examination part
i was asked by the doctor to examine the lung expansion from the patient's back
and....

K: uncle, saya nak check sikit boleh tak uncle?
P: boleh..boleh..
K: uncle pusing belakang.. kasi angkat uncle punya baju and kasi peluk ini bantal... (sambil i letak la bantal tu dalam dakapan patient tu)

after satisfied with the patient's condition
i put my hand on the patient's skin to perform the palpation procedure
and..

K: okay uncle.. tarik nafas... (while me observing my hand)
dalam hati : eh.. patient ni punya lung tak expand.. takkanlah... (bingung seketika)
mata mula merayau ke sekeliling sanbil berfikir lagi...
memang la patient pakai nasal prong tapi takkan la tak expand langsung lung dia
i dah start cemas tahap karma la kan..

tanpa mengubah kedudukan tangan tadi.. once again..
K: uncle.. tarik nafas..
dalam hati: masih tiada lung expansion di situ... bagaimanakah???

doc melihat kebingungan lalu...
doc: tawhee uncle (okay i really don't know how to spell it neither what is the correct pronunciation of this word)
then i started seeing my hand's moving

okay..
kena la lengkapkan maneuver itu kan
and i moved my hand downward and asked the doc
K: saya kena cakap tawhee ke doc??
doc: ye lah..
and i apply new thing during examination.....


during examination of dental patient
never asked the patient to inhale or exhale
what we always ask
buka.. tutup.. buka.. tutup..
seronok juga...
especially for paed patients
hehe



nota biceps: need to read and re-everything on clinical examinations

nota triceps: everytime i think of prostho.. i feel stress

nota quadriceps: i still doing nothing for my elective..



nota-notaan: i'm bored, yet i'm lazy





Friday, June 3, 2011

pinggan tak retak, nasi tak dingin...

pinggan tak retak, nasi tak dingin
orang tak nak, kita tak ingin

it'll be more easier if things turn out this way kan
mutual feelings
u and i both don't want


or
just it become more complicated??


pergi sungai besaq, balik sungai kecik
nak terketaq-ketaq, tak nak tergedik-gedik

ok..
it just some sort of remedy



tolonglah mengerti


and what makes you feel that way
ana la adri!!
ANA LA ADRI!!!!!


tolong beri ruang
untuk saya bernafas dengan selesa
no brochodilators
no SOB



kamu bikin saya pusing



haish