Friday, June 24, 2011

no-title

tadi, dalam pukul 10 lebih malam (sebenarnya dah dekat pukul 11 malam kot)
ayah keluar dari bilik dan cakap
"nak pergi kerja ni"
masa tu, kitorang ingatkan ayah mamai
rupanya
ayah kena ganti tempat seorang perkerja ni sebab tok wan dia meninggal dunia
jadi ayah pun pergi la kerja..

tiba-tiba saya terfikir
insyaAllah bila saya dah grad, kerja
insyaAllah kahwin dan ada anak
ada ke masa untuk keluarga nanti?


dulu masa saya sekolah
ayah yang gosokkan baju kitorang
baju sekolah kebangsaan and sekolah agama
ada total 9 pasang baju sehari ayah gosokkan sementara mak kat dapur siapkan sarapan and bekal untuk kitorang
alasan ayah masa tu dia gosokkan baju kitorang adalah
kami hanya perlu ke sekolah untuk belajar
jadi menggosok baju dan lain-lain tu bukan kerja kami


sekarang ni pun
bila anak-anak semua dah besar
mak masih lagi bangun awal pagi
memasak
kalau mak masak seafood
mak akan masak satu set lauk lagi untuk ayah sebab ayah gout, tak boleh makan seafood
itu lauk untuk makan tengahari (which along, ayah and mak akan bawak bekal)
and mak juga akan masak untuk sarapan
dan ayah akan tolong jemur baju kat ampaian dalam pukul 8++ sebab mak keluar dari rumah biasanya 6:15


bila saya tengok semua benda yang mak dan ayah dah buat untuk kami
saya terfikir
insyaAllah bila saya dah berkeluarga nanti
boleh ke saya nak bagi komitmen yang macam tu untuk keluarga saya?
boleh ke saya nak pastikan apa yang diorang dapat nanti adalah yang terbaik?


bila saya dengar cerita kawan-kawan saya yang diorang sangat suka bila mak diorang masak sebab mak diorang sangat jarang masak kat rumah
saya terfikir
adakah saya akan jadi macam tu nanti bila saya dah berkeluarga?
bila saya dengar cerita yang mak diorang wajib letak ajinomoto dalam makanan yang dimasak kat rumah
saya terfikir
adakah saya juga akan jadi begitu?


saya takut bila saya dah grad
dah kerja
saya tiada masa untuk keluarga


dentistry first choice saya kerana parents nak saya jadi doktor
alasan saya tak nak medical sebab saya mahu life dengan family
saya harap saya akan ada life dengan family saya nanti
dan saya harap saya boleh jadi as good as my parents if not better



ya Allah
permudahkanlah urusan kami



No comments:

Post a Comment