Tuesday, December 7, 2010

berita dah basi

dilanda kemalasan- tiada alasan kukuh

kg cheras baru, 7 dec- seorang pelajar fakulti pergigian u*** telah dikenalpasti menghadapi kemalasan yang teramat terutama menjelang hari khamis kerana perlu hadir ke klinik prosthodontics. beliau yang hanya ingin dikenali sebagai kucingred berkata bahawa beliau memang tidak menggemari klinik tersebut lantaran ketelitian yang diperlukan sepanjang proses penghasilan gigi palsu. selain itu, beliau yang sememangnya terkenal dengan kemalasan berkata bahawa beliau bukanlah seorang yang teliti, justeru mengurangkan lagi kesungguhan beliau dalam menghasilkan gigi palsu. tambahan pula, daya kreativiti yang rendah menyebabkan beliau tidak dapat membayangkan tanda tempat anatomi (anatomical landmark) pesakit beliau dengan baik. bagaimanapun menurut seorang pensyarah beliau yang tidak ingin dikenali, tiada alasan yang kukuh telah dinyatakan kucingred tentang kemalasan itu. seorang rakan beliau turut mengulas tentang sikap malas yang ternyata sudah sebati dengan jiwa beliau. rakan beliau yang hanya ingin dikenali sebagai W berkata "mungkin kehadiran seseorang yang istimewa dapat mengubah sikap kucingred." - ternama

2 comments:

  1. hak2..sapekah insan istimewa itu? adakah kanak2 istimewa?

    ReplyDelete
  2. hahaha..nantikan kemunculan beliau.. hekhek

    ReplyDelete