aku masih bernafas
masih lagi berdiri
masih terus berjuang
walau hati terkadang sedih
walau hakikat terkadang pedih
walau derita berkunjung tiba
masih tetap bertahan
kerana kasihMu
kerana kasihMu
yang sukar itu diatasi
yang gentar itu dihadapi
yang debar itu diharungi
walau terkadang mengalah datang
walau terkadang gagal menjelma
walau terkadang kesukaran memaut
masih mampu berjalan
kerana kasihMu
kerana kasihMu
memberikan aku saudara
menghadiahkan aku teman
mengurniakan aku kebahagiaan
melahirkan rasa ketenangan
membuahkan cinta yang berpanjangan
walau terkadang badai menjelma
walau batin terkadang derita
walau terkadang pahit terasa
namun masih mampu tersenyum
kerana kasihMu
kerana kasihMu
aku di sini
masih bernafas
walau terkadang terseksa
masih terus ke depan
walau terkadang terhenti
masih terus gembira
walau terkadang berduka
masih terus-terusan berjuang
walau terkadang kecundang
semuanya kerana kasihMu
No comments:
Post a Comment