Thursday, April 7, 2011

curhat

ok blog yang saya sayang
saya nak curhat sikit ni
pasal exam pro and final yang saya akan hadapi dalam masa kira-kira seminggu lagi
saya sangat letih dan penat dari sudut fizikal dan emosi
saya letih kerana merasakan bahawa nota-nota yang ada sangat banyak dan bertimbun
saya juga sangat letih kerana dalam minggu ini hampir setiap hari ada sahaja kelas-kelas
saya semakin letih kerana kelas adalah untuk belajar benda baru, bukan revision
saya penat dari sudut emosi kerana saya rasa agak down
saya juga stress kerana saya tidak boleh study
saya pening dengan nota-nota yang saya kira sangat mengelirukan

mungkin kerana semua ini
saya punya gigi geraham bongsu sakit
gusi saya bengkak
lymph node saya juga sakit dan bengkak

ya Allah,
saya tahu ujian itu selari dengan kekuatan untuk saya berhadapan dengan
maka ya Allah,
saya pinta jadikan saya hamba yang bersyukur
saya juga memohon agar dikuatkan iman
dan ketenangan di dalam hati ini

ya Allah,
permudahkan urusan kami dan perkenankan doa kami



No comments:

Post a Comment