Sunday, April 24, 2011

tiba-tiba

masih ingat lagi
pagi itu seperti biasa
datang ke kampus
hari itu
saya diarah untuk pergi ke pejabat pengurusan di sri pandan
oh....
saya tak pernah ke situ
tapi
digagahkan juga hati dan perasaan untuk ke sana demi tanggungjawab

sejurus sebelum saya melangkah meninggalkan fakulti untuk ke sana
kelas kami gempar dengan berita carry mark anatomy
saya di dalam hati
nak pergi dulu ke tahu result dulu
dilema
tapi baik atau tak
suka atau tak
saya kena berhadapan dengan apa jua keputusan yang ada
saya mahu tahu- itu keputusan saya

GAGAL
itulah keputusannya
saya gagahkan kaki, kuatkan hati untuk menyelesaikan masalah berkaitan unit kediaman
sri pandan tetap menjadi tujuan
di sana
saya sesat
ini pertama kali saya di sini
saya tak tahu di mana lokasi pejabat pengurusan kolej
saya buntu
tiada sesiapa di situ
saya berjalan dan akhirnya bertemu dengan logo usim
sini kiranya tempat itu

saya tunggu
lama
tapi
tiada sesiapa
harus bagaimana lagi
saya tertekan
result saya gagal
orang pejabat asrama tiada
apa lagi yang saya patut buat??

setelah sekian lama menunggu
saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampus
saya ada kelas petang ni
saya ada banyak lagi perkara untuk difikir

di kampus
suasana suram
rata-rata masih terpukul dengan result carry mark
saya terkesan
saya adalah antara mereka yang mempunyai carry mark yang paling teruk
saya tak pernah lulus
dua kali saya dapat F
saya bertanya kepada diri
kucingred, perlu ke kau menangis
dan saya tak tahu
sampailah salah seorang dari rakan saya menangis dan berkata
semua orang tak nak kawan dengan aku sebab aku bodoh

otak saya ligat berfikir
dia dapat C- equal to bodoh
saya dapat F equal to????

mak...
orang yang terbaik untuk meluahkan perasaan
lagipun mak masih di rumah sekarang ni
belum ke tempat kerja
tak salah kiranya untuk berkongsi
tapi sangkaan aku meleset
permulaannya hello
mendengar suara mak
aku jadi sebak
i cannot utter even a word
mak di talian sudah bingung
something happen there she guess
dan esakan itu tak mempu ku bendung
terburailah segala yang ada di jiwa hari itu
kata-kata mak indeed
sangat menenangkan
selayaknya seorang ibu membelai anaknya yang kesedihan

seusai perbualan
air mata masih tidak sudi berhenti
datang 2 orang teman
namanya aku rahsiakan
masing-masing melayan jiwa dan perasaan
salah seorang memegang handset
calling her mum
and she cried
indeed
mother is always there to hear you
to comfort
even separated by distance

kami kemudiannya membuat koir air mata di dalam surau
hari yang menghibakan
membunuh keceriaan
tapi
Allah itu Maha Adil
dalam kesedihan itu
didatangkan 1001 macam kegembiraan
kepada yang berkenaan
thanks so much
for giving all the supports and advices during hard time


Dia menjanjikan kebahagiaan selepas setiap derita yang Dia berikan

terima kasih ya Allah
atas ujian
kerana ujian itu mendekatkan aku padaMu


No comments:

Post a Comment