Thursday, May 12, 2011

..life..



tadi pagi saya dan beberapa orang kawan menduduki viva untuk subjek behavioural science and oral health...
saya cemas...
sejurus masuk ke ruang peperiksaan dan memberi salam saya diarah untuk duduk
berdebar...
tapi ternyata external examiner itu sangat baik dan friendly
soalan pertama
apa khabar?
(build a good rapport with someone)
kemudian ditanya pula tentang asal dan perasaan menghadiri sesi viva pada hari ini
saya puji
memang seorang doktor yang baik
pandai mengurangkan jurang antara dua individu yang berlainan status

katanya lagi
pendefinisian kami terlalu text book/lecture notes/dictionary oriented
hasil didikan dekan kesayangan sejak dari tahun 1 mungkin

saya berharap
external examiner yang lain juga boleh jadi sefriendly ini
sekurang-kurangnya, hilangkan debaran kami biar hanya seketika
(tidaklah seolah-olah hampir berhadapan dengan cardiac arrest kerana terlalu takut dan terkejut)



nota LA: saya tidak faham kenapa kadang-kadang soalan peperiksaan itu sangat tidak berkaitan dengan apa yang kita belajar.. KBKK kah?

nota syringe: kenapa dalam banyak perkara yang kita belajar, mereka lebih suka membuat soalan perkara yang kita tidak belajar? mengharap pada kesyumulan???

nota cartridge: jangan suka pandang remeh perkara yang kamu malas ambik tahu kucingred sebab selalunya perkara itu yang membuat kamu menyesal

nota malamed: saya teringin nak tahu jadual exam pelajar dental lain kat dalam bumi ni.. adakah memang tercatat bahawa pelajar dental memang ada exam yang disastrous?





insyaAllah, esok result kami akan keluar....
tolong doakan kami semua (27 orang pelajar 2nd batch dental usim) dapat naik tahun tanpa halangan
doakan juga supaya kami semua tak perlu resit exam dental...
thanx semua,
Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian
:)




No comments:

Post a Comment