Saturday, November 7, 2009

jika ditanya tentang... maka...

jika ditanya tentang:

1. apakah perasaan saya bila saya tersenarai untuk menduduki viva?
2. apakah perasaan saya ketika orang lain bergembira dengan result mereka yang lulus (especially with an A or a B), sedangkan ketika itu saya dengan jayanya mendapat F?
3. apakah perasaan saya ketika saya gagal?
4. apakah yang saya rasa ketika saya dapat markah tinggi?
5. apakah yang saya rasakan ketika rakan-rakan yang lain gagal?


maka:


1. semasa saya diberitahu saya adalah antara mereka yang perlu menduduki viva, inilah yang saya rasakan...takut;saya takut saya akan gagal, sedih;kerana saya adalah manusia biasa yang rapuh jiwanya, putus harapan;saya rasakan dentistry and i are not meant for each other, kecewa;kerana saya hanya insan biasa yang tak tahan diuji, bersalah;saya merasakan bahawa saya telah mengecewakan semua orang..
2. ketika org lain lulus (especially with an A or a B) dan saya gagal dengan huruf F, inilah yang saya rasakan...untuk exam (mid@final) jika saya memang tak boleh jawab, saya akan rasa biasa;kerana kita taw kemampuan kita...tapi, jika saya rasa saya boleh jawab, saya rasa kecewa;kerana kita rasa kita taw dan rasa macam boleh jawab tapi saya akan cuba menerimanya dengan hati yang terbuka...tapi saya selalu menangis...kenapa agaknya?hal ini demikian kerana saya memang tak tahan suara-suara (kiranya saya boleh kategorikan sebagai sumbang) yang suka mengeluarkan statement kontroversi seperti; "alah, subjek ni senang je..aku setakat dapat B apalah sangat", "alahai, result aku ni asyik 60++ je, tak ada peningkatan pun", "*o*ohnya aku, dapat C-", "aku tengok ko ni rajin gak baca note, tapi asyik fail je".... dan ayat-ayat yang menjurus ke arah maksud yang sama... {saya hanya manusia biasa yang tak sempurna...bila kita dapat result macam tu, hati memang fragile}
tapi untuk carry mark, jika dapat F saya lebih kepada risau;sebab fikir macam mana nak score untuk exam pro nanti and of course sedih;kerana saya manusia yang punyai hati dan perasaan.
3. jawapan SDA bagi exam mid@final..
4. rasanya la kan, saya tak pernah dapat markah tinggi sejak masuk faculty...huhu~ jadi, idok le teman dapat menjawabnya...
5. ada dua condition untuk soalan ni... yang ketama: kawan saya gagal, saya pun gagal; ketika ini saya merasakan yang kita perlu bersama bangkit dari kegagalan ini, perlu usaha agar kita berjaya (tapi saya selalunya tak sedar diri..huhu~ and saya juga selalu hangat-hangat najis ayam...huhu~) and yang kedua: kawan saya gagal, tapi dengan izin Allah, saya lulus; time ni apa yang saya rasakan adalah saya ni seorang kawan yang teruk...kenapa saya rasa begitu? hal ini demikian kerana saya tidak membantu kawan saya untuk sama-sama lulus lantas menyebabkan saya rasa yang saya ni selfish (teruk betul)... {saya rasa terlalu amatlah teruk terutamanya bila yang gagal itu rakan-rakan yang rapat dengan saya}





saya merupakan seorang manusia biasa yang rapuh jiwanya, banyak dosanya dan kurang amalnya...
apa yang saya tulis diatas sekadar meluahkan apa yang saya rasakan...
mungkin kadang-kadang saya saja yang terlalu sensitif...
maafkan saya...


ya Allah,
bimbinglah saya menuju redhaMu




saya yang menulis.......

No comments:

Post a Comment