ellow....
kita tak mengerti mengapa mereka sesuka hati menganggap sesuatu perkara itu mudah
sedangkan mereka tidak pernah berjinak atau terlibat dengan perkara tersebut.
kita juga tak mengerti mengapa mereka sewenang-wenangnya beranggapan bahawa kita tidak berhadapan dengan kesukaran
sedangkan mereka tidak mengetahui langsung hakikat yang kita lalui
sedapnya mulut mereka berkata yang mereka kononnya tahu semua yang berkaitan dengan kita, lantas menyebabkan kita tidak mengerti mengapa mereka masih lagi memandang kita sebelah mata
kita masih tidak mengerti mengapa mereka masih memandang kita begitu
sedangkan tingkah kita dan mereka tiada beza
kita juga masih tidak mengerti mengapa mereka mempunyai tanggapan begitu kepada kita
sedangkan bezanya hanya pada nama
kita tidak mengerti...
kata orang,
ada apa pada nama?
kata kita nama membezakan segala-galanya
kerana
mereka yang membuat kita fikir begitu
kerana itu,
kita masih tidak mengerti...
lagi..
lagi..
dan lagi...
kita masih lagi tidak mengerti....
No comments:
Post a Comment