s.A.l.A.m
okay
hari ni i sesaja nak share sikit something about myself....
maybe la cam bosan..
tapi sekarang ni i lagi tengah rindu kat family i..
agi pun, my parents tak mai sini arini...haisyyy...
homesick pulak rasanya...huhuhu~
(kalau kawan2 i baca ni, mesti mereka kondem i sebab umah i dekat je..huhu..sorry ye kawan2)
okey...
i nak citer pasal ayah i...
ayah berasal dari kulim, kedah darul aman..
ayah merupakan seorang pesara..
ayah lahir pada 11 mac 1958..
mak pula berasal dari kuala pilah, negeri sembilan darul khusus..
sekarang mak masih lagi bekerja dengan pihak kerajaan sebagai seorang pendidik...
mak lahir 11 hari lepas ayah lahir i.e 22 mac 1958...
i ada sorang abang (i panggil abang i along)..
along lahir kat seremban, negeri sembilan darul khusus pada 15 april 1987...
sekarang ni along kerja sama tempat dengan mak...
lepas along lahir, i pulak dilahirkan..
i dilahirkan di tanah merah, kelantan darul naim (dekat kaunter pendaftaran-haisyyy nampak sangat dari kecik xreti sabar) pada 23 november 1989(hoho~ birthday i yg ke-20 da dekat)
sekarang ni i adalah budak gg
adik i yang pertama juga lahir di tanah merah, kelantan darul naim
i panggil dia achik...
okay, achik lahir pada 18 march 1991
sekarang ni achik bertugas kat JB
adik i yang last ni masih sekolah lagi..(sama sekolah dengan i masa form 4&5)
kat rumah kitorang panggil dia ajan (tapi mak panggil adik)
ajan akan amik spm tahun ni...
ajan lahir pada 16 december 1992 di wilayah persekutuan labuan
#############################################################
sekarang i nak citer sikit pasal diri i (takkan la i nak citer pasal orang laen pulak...diri orang laen mana la pulak i nak tahu)
i first mendapat pendidikan formal kat taski abim (labuan) then i sambung belajar kat pasti at-tawheed bila kami sekeluarga pindah ke selangor..
kemudian, i pun masuk darjah 1.. dari darjah 1 sampai 4, pagi i pergi sekolah agama (sar as-solihin) petang lak pergi sekolah kebangsaan (sk bandar baru sg buloh)..masa darjah 5&6 pulak tukar sesi...
lepas dapat result upsr (i tak mau citer pasal result psra sbb i memang xnak masuk sekolah jais pun) i pun sambung pengajian ke smk bukit gading..dalam 2bulan lebih la.. lepas tu i pun dapat tawaran dan terus pindah ke smka kuala selangor...i rasa, first year masuk hostel tu memang azab..i seriously tak suka ngan senior-senior (bukan semua la tapi) i bukan apa, tak suka la bila diorang nak kita ni respect sangat kat depa tu...hish..serabut tau!!!! harap aje sekolah agama, tapi attitude macam toooooOOOOOoot...
belajar kat sana mengajar i untuk memberontak (thanx a lot for all seniors for leading my path to become a rebel-muaHahahahaAAAA!!!!)
puas hati i...
then, dengan result yang tak seberapa dlm pmr, i pun dapat tawaran ke sbpi gombak (i sedey nak berpisah ngan kawan-kawan i, tapi at the same time i'm glad..i happy dapat berambus daripada senior-senior i yang tooooOOOOt tu)
i ni dah la homosapiens yang susah nak adapt..lama gak dulu i nak adapt ngan sbpi gombak..tapi alhamdulillah..dapat gak i adapt ngan sekolah baru...tapi, i nak bagitahu la...i jauh lebih happy kat sbpi gombak berbanding smka dulu...(i tak nafikan i ada ramai kawan baek kat smka..tp i lagi suka suasana sbpi gombak sbb senior, junior baik- kawan-kawan sama batch of course la kan)
berbekal result spm yang sederhana, i pun ditawarkan ke program tamhidi pergigian usim and at da same time, i jugak dapat surat tawaran matrix..(setelah isu ini dengan hebat diperbincangkan dalam keluarga kami- sampai atok ngan wan tau la) i pun ikut je la keputusan mereka semua (sebab sebelum ni pun memang parents i je yang tolong wat keputusan untuk i) untuk hadir ke pendaftaran tamhidi usim..
macam biasa la, i ni kan homosapiens yang mengalami kesukaran dalam mengadapt diri.. jadi i agak culture shock sikit la bila i dengar mana-mana ada hantu...eh..bukan hantu..tapi mana-mana pun orang cakap kelantan..tapi kali ni i dapat adapt dengan cepat sekali.. (mungkin juga kerana pada mulanya hanya terdapat beberapa orang sahaja yang tidak berasal dari pantai timur)
dalam sem 1 tamhidi juga i ada terima 2 tawaran...both untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara..satu ke us (engineering) manakala yang satu lagi ke uk (medic)...i keliru.. tapi, seperti biasa, homosapiens ini hanya ikut keputusan yang dibuat oleh ayah dan emak.. (tapi takpe,sebab dengan doa mereka serta izin Allah, setakat ini i berjaya)
yang ni adalah keputusan yang terbesar yang i pernah buat sendiri i.e pilih course untuk masuk ke faculty...sebab i tak mau amek medic, i pun mintak la dentistry (tanpa menyangka yang dentistry ni perlukan satu benda yang paling i xde iaitu SENI)
tapi Alhamdulillah, i gembira (walaupun kadang-kadang sedih)
i suka sangat kat faculty sebab ada kawan-kawan yang best, lecturers yang sangat baik, senior-senior yang jauh lebih baik dari yang i pernah dapat masa sekolah dulu, junior-junior yang sporting...
n i hope that i boleh buang jauh-jauh semua kenangan xbest yang pernah i lalui kat sekolah dulu..i kalau boleh xmau dah jumpa senior-senior i yang dulu...
i bukan nak berdendam, cuma i takleh lupa apa yang you all wat kat kitorang...
semoga kalian semua bergembira..
i yang tak mengerti....
No comments:
Post a Comment