Wednesday, November 4, 2009

tanpa T.A.J.U.K

pernah tak merasa gembira?
terlalu GEMBIRA
hinggakan anda ingin memberitahu seluruh dunia tentangnya...

pernah tak rasakan sedih?
SEDIH yang amat
sampai terasa dunia dan isinya menentang anda...

pernah ke rasa sunyi?
sangat SUNYI
hingga terasa anda keseorangan di dunia ini...

pernahkah anda rasa marah?
MARAH sangat-sangat
sampai membuatkan anda ingin melepaskannya luar dari batasan...

pernah rasa kecewa?
amatlah KECEWA
sampaikan jika boleh, anda ingin menghentikan segala apa yang pernah anda mulakan...

pernah rasa putus asa?
PUTUS ASA yang melampau
hingga anda merasa alangkah baiknya jika anda langsung tidak pernah lahir di dunia ini...

pernah tak rasa keliru?
KELIRU sangat
sampai anda rasa semua yang anda lalui ini hanyalah mimpi (mimpi yang sangat panjang)

pernah rasa rindu?
terlalu RINDU
hinggakan anda sanggup melakukan apa saja untuk mengubatinya...

pernah bercinta?
amat CINTA
sampai anda sanggup korbankan segalanya...

pernahkah anda merasakan sakit?
sangat SAKIT
sampai anda sanggup membuat apa saja asalkan ianya hilang...

pernah rasa bersalah?
terlalu BERSALAH
sampaikan jika mampu, segalanya anda pikul untuk menebusnya kembali...

pernah tak benci?
BENCI yg amat
hinggakan kalau boleh, anda tak mahu lagi berdepan dengannya...

pernahkah anda sedar?
terlalu SEDAR
hinggakan terbit rasa syukur pada yang Esa atas nikmat di dunia ini...

pernahkah anda bersyukur?
terlalu amat sangat SYUKUR
hingga walaupun diuji, anda yakin itulah yang terbaik untuk anda...

pernah tak anda fikir?
FIKIR besungguh-sungguh
hingga timbul keinsafan dan akui kebesaran TUHAN...














pernahkah anda?







































aku yg xpasti....huhuhu

No comments:

Post a Comment